Pelajar Sekolah Menengah Teknik Tunku Jaafar, Seremban diberi penerangan mengenai projek itu dalam aktiviti yang dijalankan.
Pelajar Sekolah Menengah Teknik Tunku Jaafar, Seremban diberi penerangan mengenai projek itu dalam aktiviti yang dijalankan.

Sistem tuai air hujan bakal jurutera UiTM

29 May 2024 08:00pm

Pengajian Kejuruteraan Awam, Kolej Pengajian Kejuruteraan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjalinkan kerjasama dengan rakan strategik bagi melasakanan alternatif mendapatkan sumber air.

Program Service Learning Malaysia University for Society (Sulam) membabitkan Sistem Penunaian Air Hujan itu disertai Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (Nahrim), DD Techniche Sdn Bhd dan V Trade Clan PLT yang turut mendapat kerjasama dengan Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan.

Penasihat program, Ts Dr Yazmin Sahol Hamid berkata, seramai 40 pelajar tahun akhir Sarjana Muda Pengajian Kejuruteraan Awam UiTM terlibat dalam projek ini yang memberi peluang kepada mereka mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran kejuteraan sepanjang empat tahun pengajian.

"Ia sekali gus membantu memberi alternatif dalam menyelesaikan masalah nyata dihadapi oleh komuniti setempat melalui projek yang diusahakan ini.

"Selain itu, para pelajar diberi tanggungjawab mengatur dan melaksanakan program bersama dengan sebuah komuniti dengan bantuan beberapa penasihat program yang terdiri daripada pensyarah UiTM," katanya pada majlis perasmian program itu pada Sabtu.

Hadir sama ialah Pengarah Pusat Kajian Sumber Air dan Perubahan Iklim, Ir Azman Mat Jusoh; Penolong Naib Canselor Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM Shah Alam, Profesor Ir Ts Dr Hamidah Mohd Saman @ Mohamed dan Pengetua Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Ts Sudiman Musa.

Ujarnya, program ini dimulakan seawal bulan April lalu, di mana ia mempunyai kerangka tiga fasa utama pelaksanaan iaitu perancangan, implementasi dan pendidikan serta kesedaran.

"Program ini kini berada dalam peringkat akhir di mana proses pemantauan dan pengawasan terhadap pencapaian projek dilakukan untuk memastikan tujuan meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam kalangan pelajar dan masyarakat setempat serta melaksanakan sistem tadahan hujan dengan berkesan dapat dicapai.

Artikel Berkaitan:

"Kami harap projek ini dapat mengurangkan tekanan terhadap bekalan air bersih di sekolah serta memperkenalkan amalan kelestarian alam yang lebih baik dalam kalangan generasi muda," katanya.

Dalam pada itu, dengan kerjasama antara Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, UiTM, dan Nahrim ini, ia akan mencapai kejayaan yang berkekalan dalam menyokong kelestarian alam sekitar dan mengurangkan impak perubahan iklim di peringkat tempatan.

"Melalui pemasangan sistem ini, kami dapat meningkatkan pengurusan sumber air dengan mengurangkan kebergantungan pada bekalan air bersih dari sumber luar, seperti loji air atau paip kota.

"Selain itu, sistem tadahan hujan juga dapat membantu mengurangkan masalah banjir tempatan dengan menyalurkan air hujan yang terkumpul ke dalam sistem pengaliran yang sesuai," katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp