Gambar kecil: Amini
Gambar kecil: Amini

'Terima kasih media' - UPM hargai jasa media

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
29 Apr 2025 08:00am

Universiti Putra Malaysia (UPM) meraikan pengamal media menerusi Majlis Makan Tengah Hari Bersama Editor Media yang berlangsung meriah di L’apprenti Deli pada Isnin.

Pengerusi Jemaah Pengetua Kolej, Professor Madya Dr Amini Amir Abdullah berkata, majlis berkenaan sebagai tanda penghargaan atas sokongan media dalam menyebarluaskan kejayaan serta aktiviti yang dilaksanakan di dalam mahupun di luar universiti.

"Hubungan erat dengan media amat penting dalam membina imej UPM.

“Kerjasama erat seperti ini sepatutnya diteruskan pada masa-masa yang akan datang. Itulah harapan saya.

“Kita dapat mendekatkan media dan media juga memahami apa manfaat dan pembangunan negara,” katanya.

Pelajar luar kampus UPM aktif dalam melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat yang perlu ditunjukkan ke masyarakat.

Antara aktivitinya adalah gotong-royong pasca banjir di Pulau Pangkor, pemberian juadah berbuka puasa dan menghantar kumpulan sukarelawan ke Putra Heights.

Amini berkata, sambutan positif daripada media tempatan membuktikan keberkesanan pelajar luar kampus UPM dalam menyampaikan mesej pendidikan dan nilai murni kepada masyarakat.

Artikel Berkaitan:

“Pelajar juga dapat mempengaruhi masyarakat dan menyumbang kepada program-program peringkat universiti. Itu harapan saya.

“Saya yakin pihak media akan membuka ruang kepada pelajar luar kampus menyebarkan aktiviti yang dilakukan. Terima kasih media,” katanya.

Kerjasama erat antara pelajar, pihak universiti dan media diharap dapat diteruskan demi memperkasa peranan mahasiswa sebagai agen perubahan yang bertanggungjawab dan berwibawa.

Majlis Dialog Pelajar Luar Kampus Bersama Editor Media turut diserikan dengan pelbagai aktiviti santai dan sesi bergambar sekali gus mengukuhkan lagi jalinan kerjasama antara UPM serta media.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp