Media sosial seperti TikTok jadi platform masyarakat timba ilmu. Gambar kecil: Nik Syuhailah
Media sosial seperti TikTok jadi platform masyarakat timba ilmu. Gambar kecil: Nik Syuhailah

TikTok dalam penyampaian ilmu ke arah pendidikan

10 Aug 2024 11:20pm

Marcapada perkembangan teknologi masa kini amat pesat, menyaksikan inovasi dan penemuan baharu yang berlaku hampir setiap hari.

Kemajuan ini memberi perubahan besar dalam memudah cara tugasan harian dan cara kita berinteraksi.

Era teknologi telah membawa perubahan signifikan dalam bidang pendidikan.

Tidak dinafikan dengan kemajuan teknologi seperti internet, peranti mudah alih dan pelbagai perisian pendidikan telah membuka peluang baru dalam meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang lebih efisien, efektif dan menarik.

Ia membuka ruang kepada pelajar untuk akses kepada maklumat merentasi sempadan menerusi pencarian artikel, video, jurnal dengan hanya beberapa klik untuk menjadikan proses PdP berjalan lancar dalam memperkasakan ilmu.

Malahan teknologi seperti simulasi atau permainan pendidikan menanam sifat ingin mencuba dalam kalangan pelajar.

Ia juga membolehkan mereka memperolehi pengalaman praktikal dan eksperimen maya untuk memahami dengan lebih jelas.

Di pihak tenaga pengajar pula adalah dapat membantu daripada aspek pemantauan dan penilaian.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Pelbagai platform yang diperkenalkan dalam talian seperti Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) seperti MOODLE membolehkan perkembangan pelajar, penyampaian tugasan dan komunikasai dua hala dapat dicapai secara kolektif.

Kecenderungan pelajar hari ini menggunakan aplikasi media sosial seperti TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube untuk berinteraksi dan berkongsi rutin harian telah memberi inspirasi kepada tenaga pengajar menerapkan pendekatan tersebut dalam sesi PdP.

Difahamkan, mereka suka akan kandungan yang bersifat visual, interaktif dan kreatif.

Mengambil kira penggunaan media sosial seperti TikTok yang menjadi pilihan pempengaruh antaranya Sir Asai, Sir Fathi dan Cikgu Zack Kirana yang mana sering kali memuat naik kandungan ilmiah berkualiti telah memberikan impak positif kepada pelajar.

Tidak terhad di situ sahaja, beberapa nama tersohor dalam bidang masing-masing seperti Dr Malar Santhi Santherasegapan yang berkongsi pandangan dalam aspek kesihatan, Sofyank dengan idea video suntingan kesan-kesan khas dan Khairul Aming dengan resepi masakan yang menyelerakan, idea perkongsian mereka ini sangat bermanfaat untuk dijadikan rujukan berguna kelak.

Malahan pendakwah agama yang gah turut menggunakan penyampaian TikTok dalam perkongsian ikmu kerana ia bersifat holistik.

No Image Caption

Umumnya tahu TikTok awalnya dicipta sebagai platform media sosial yang kini mendominasi dunia digital.

TikTok diperkenalkan pada tahun 2016 telah merevolusikan cara berinteraksi, mengakses maklumat dan mengekspresikan diri hingga menjadikan rangkaian media sosial itu paling popular di seluruh dunia.

Namun pelajar umumnya juga harus didedahkan kepentingan isu keselamatan siber yang mana mereka amat mudah terpengaruh dan perlu diajar tentang privasi data peribadi.

Detik jarum jam akan terus berjalan, begitu juga dunia yang akan terus berputar.

Putaran dunia ini membawa perubahan dalam semua aspek termasuk teknologi dalam pendidikan.

Jika masyarakat gagal mengikuti setiap perubahan yang berlaku, kegusaran terbesar adalah mereka akan ketinggalan zaman.

Secara keseluruhannya, integrasi teknologi dalam pendidikan membawa banyak manfaat, meningkatkan keberkesanan PdP dan menyediakan pelajar dengan alat yang diperlukan untuk menghadapi cabaran masa depan, berdaya saing malahan berjaya ke percu dunia.

No Image Caption

Ringkasnya, TikTok telah dibuktikan sebagai platform yang bukan hanya untuk hiburan tetapi juga sebagai medium penyampaian ilmu efektif dalam pendidikan, menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan relevan dengan keperluan zaman digital.

Penggunaan TikTok dalam pendidikan tidak hanya meningkatkan minat pelajar tetapi juga memudahkan pemahaman konsep yang kompleks melalui pendekatan visual dan interaktif.

Melalui adaptasi berterusan, TikTok berpotensi mengubah landskap pendidikan menjadi lebih berdaya saing dan kreatif.

Maklumat penulis:

1) Pensyarah Kanan, Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Dr Nik Syuhailah Nik Hussin

2) Pensyarah Kanan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, UMK, Profesor Madya Ts Dr Zuraimi Abdul Aziz

Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp