UCS Kampus Puncak Alam merangkul Johan Keseluruhan dan Anugerah Pengurusan Denggi Terbaik pada pertandingan Anugerah IPT Bebas Denggi Peringkat Kebangsaan 2023.
UCS Kampus Puncak Alam merangkul Johan Keseluruhan dan Anugerah Pengurusan Denggi Terbaik pada pertandingan Anugerah IPT Bebas Denggi Peringkat Kebangsaan 2023.

UiTM Cawangan Selangor raih 2 anugerah pada pertandingan bebas denggi 2023

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
18 Oct 2023 04:59pm

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor (UCS) Kampus Puncak Alam merangkul dua anugerah dalam pertandingan Anugerah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Bebas Denggi Peringkat Kebangsaan 2023 baru-baru ini.

Dua anugerah tersebut iaitu Johan Keseluruhan dan Anugerah Pengurusan Denggi Terbaik telah diumumkan pada Konvensyen MyCHAMPION@KKM Peringkat Kebangsaan yang dirasmikan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan di Summit Hotel Subang USJ, Selangor.

Rektor UiTM Cawangan Selangor, Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman yang mewakili Task Force UCS Bebas Denggi merakamkan ucapan terima kasih kepada warga UCS terutamanya Pengurusan Eksekutif; Unit Kesihatan; Pejabat Fasiliti; Bahagian Pentadbiran Sumber Manusia; Bahagian Hal Ehwal Pelajar; Bahagian Penyelidikan dan Inovasi; penyelidik dan agensi-agensi kerajaan seperti Pejabat Kesihatan Derah Petaling Jaya dan Kuala Selangor, MBSA serta badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam program-program kesedaran denggi di UCS.

“Kerjasama pelbagai pihak inilah yang telah memainkan peranan penting dalam kawalan denggi dengan memimpin, melaksanakan dan mengkoordinasikan usaha-usaha kawalan serta pencegahan penyakit denggi di dalam kampus.

“Semoga usaha ini diteruskan dan menjadikan kampus bebas denggi. Tahniah warga UCS,” katanya selepas menerima anugerah berkenaan.

Sementara itu, kemenangan UCS Kampus Puncak Alam dalam pertandingan tersebut bermula dengan penubuhan pasukan khas dinamakan Task Force UCS Bebas Denggi.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Pasukan ini mempunyai keanggotaan yang unik dari pelbagai klasifikasi skim perkhidmatan seperti UD (pegawai perubatan), skim N (pentadbiran dan sokongan), skim J (kejuruteraan), skim W (kewangan), pasukan penyelidik fakulti dan persatuan pelajar.

UCS juga telah memperkenalkan satu program kawalan denggi peringkat kampus dengan jenama D-Guard bagi mengelakkan peningkatan kes demam denggi di kampus terbabit.

Program ini merupakan satu inisiatif penglibatan merentas jabatan merangkumi pelbagai lapisan warga kampus termasuk pasukan penyelidik fakulti, pengurusan eksekutif, pentadbiran, pihak konsesi dan penuntut.

Ia adalah suatu cetusan idea inovatif yang menggabungkan elemen kawalan mikro dan makro bagi menangani isu demam denggi di Kampus Puncak Alam dan Kampus Puncak Perdana.

Projek D-Guard melibatkan dua komponen utama iaitu kaedah kawalan mikro yang merupakan inovasi alat dinamakan Abate Dispenser yang diletakkan di tempat strategik dan mudah dicapai.

Ia merupakan kaedah kawalan di peringkat end-user yang mana racun abate boleh didapati dengan mudah untuk ditabur di tempat takungan air.

Bagi kaedah kawalan makro pula, MosquiBuster iaitu satu formulasi menggunakan bahan organik untuk ‘menarik dan membunuh' nyamuk dewasa telah digunakan.

Formulasi ini diletakkan di dalam medium seperti ovitrap dan diletakkan di liputan kawasan yang lebih luas.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp