Strategi dari UMK ini diyakini mampu menyumbang kepada pertumbuhan penjanaan pendapatan universiti.
Strategi dari UMK ini diyakini mampu menyumbang kepada pertumbuhan penjanaan pendapatan universiti.

UMK garis 9 strategi baharu untuk jana pertumbuhan kewangan universiti

ROSHLAWATY MD RAIEH
01 Feb 2023 01:44pm
A
A
A

SEMBILAN strategi baharu atau Nine Strategic Innovation Initiatives (9SI2) yang digariskan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) diyakini mampu menyumbang kepada pertumbuhan penjanaan pendapatan universiti.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Ts Dr Arham Abdullah, inisiatif baharu itu akan menjadi teras yang merangkumi semua bidang iaitu Sains dan Teknologi; Sains Sosial; Kemanusiaan dan Kesenian serta Kerjasama Strategik.

Katanya, semua inisiatif berkenaan bakal digerakkan bagi meningkatkan sumber pendapatan universiti melalui penubuhan sembilan Pusat Penyelidikan dan Kecemerlangan Ilmu yang terdiri daripada Gold Rare Earth and Material Technopreneurship Centre (GREAT); Angkasa UMK Research Academy (AURA); Innovation and Entrepreneur Incubation Centre (IEIC); Tropical Rainforest Research Centre (TRACE); 4IR Competence Centre; Ruminant Innovation and Commercialization Hub (RICH); Pusat Pemikiran Keamanan dan Kesejahteraan Insan (PEMIKIR); Jeli Food Farm Valley (JFFV) dan DAM Studio.

Sambung Arham lagi, pendekatan yang dilakukan UMK itu selaras dengan ucapan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam satu majlis, baru-baru ini.

“Dalam ucapan tersebut, beliau telah menggariskan lima perkara yang perlu diambil kira oleh institut pengajian tinggi (IPT) sebagai ‘guiding principal’ bagi melaksanakan penyelidikan dan inovasi.

“Selain itu, sumber kewangan menerusi dana kerajaan yang semakin terhad menyebabkan UMK mengambil pendekatan dengan membuka jaringan lebih luas dengan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan juga industri.

“Alhamdulillah, usaha itu mula menampakkan hasil menerusi penubuhan beberapa institut kecemerlangan seterusnya berjaya memperoleh sumber dana dari pelbagai agensi seperti European Commission, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Huawei, Alibaba dan Microsoft,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikongsi bersama Sinar Bestari.

Dalam pada itu, Pengurusan Tertinggi Universiti yang diterajui Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Senator Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh dan Naib Canselor UMK, Profesor Datuk Dr Razli Che Razak melahirkan rasa kagum kepada Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dalam usahanya memacu kecemerlangan universiti.

Artikel Berkaitan:

Ujar mereka, sokongan demi sokongan yang tidak berbelah bahagi akan terus diberikan oleh warga kampus bagi melihat UMK terus gah dan cemerlang dalam pelbagai bidang.

Artikel berkaitan

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok