Arham (empat dari kiri) bersama Hassan Basri (empat dari kanan) bergambar bersama pelajar yang menerima sumbangan bakul raya pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UMK 2025 di Bachok pada Selasa.
Arham (empat dari kiri) bersama Hassan Basri (empat dari kanan) bergambar bersama pelajar yang menerima sumbangan bakul raya pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UMK 2025 di Bachok pada Selasa.

UMK terima hampir RM1 juta bantu pelajar B40

HAZELEN LIANA KAMARUDINHAZELEN LIANA KAMARUDIN
22 Apr 2025 05:10pm

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerima sumbangan hampir RM1 juta daripada rakan strategik bagi membantu kebajikan pelajar di bawah golongan B40.

Naib Canselor UMK, Profesor Dr Arham Abdullah berkata, sumbangan itu melibatkan keperluan seperti pengecualian yuran, bantuan sewa rumah, elaun bulanan dan komputer riba.

“Daripada 14,000 pelajar UMK, lebih 70 peratus adalah dalam kalangan B40. Malah, ada yang datang ke kampus tanpa wang mencukupi, dan kita bantu melalui Pusat Islam serta dana sumbangan yang dikumpulkan ini,” katanya pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UMK 2025 yang berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 3,000 tetamu di sini pada Selasa.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah UMK, Profesor Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan.

Menurut beliau, UMK memberi peluang kepada setiap fakulti membina hubungan terus dengan rakan industri, manakala di peringkat universiti pula, pendekatan strategik diteruskan bagi meluaskan kerjasama menyeluruh.

Ujarnya, UMK mengambil pendekatan dengan memberi ruang kepada semua fakulti menjalankan kerjasama masing-masing dengan rakan strategik.

"Rakan strategik bukan sahaja menyumbang kewangan, tetapi juga melaksanakan pelbagai program pembangunan pelajar yang bersesuaian.

"Setakat ini terdapat lebih 100 rakan strategik UMK," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu beliau berkata, seramai 30 alumni UMK turut hadir memeriahkan majlis sekali gus memperlihatkan hubungan erat dan sokongan berterusan terhadap universiti.

"UMK komited menjadikan hubungan dengan industri sebagai landasan kukuh untuk memperkasa kebolehpasaran graduan dan memperluas inisiatif keusahawanan dalam kalangan mahasiswa," katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp