Antara alumni dan pelajar tajaan Mahsuri Dagang bergambar bersama Ketua Eksekutif FIM, Norafidah Mohd Hashim (dua dari kanan) dan Mohd Jazri.
Antara alumni dan pelajar tajaan Mahsuri Dagang bergambar bersama Ketua Eksekutif FIM, Norafidah Mohd Hashim (dua dari kanan) dan Mohd Jazri.

Bantu pelajar B40 ceburi bidang kulinari

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
14 Apr 2025 12:30pm

Dalam usaha melahirkan lebih ramai bakat muda dalam bidang kulinari, Mahsuri Dagang Sdn Bhd tampil menerusi program tajaan penuh kepada pelajar daripada keluarga B40 yang berminat menyambung pengajian dalam bidang ini.

Menurut Pengarah Hal Ehwal Luar Mahsuri Dagang, Mohd Jazri Ikmal Hijaz, inisiatif ini sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat.

“Program ini dirangka bagi memastikan pelajar berpotensi tidak terhalang oleh kekangan kewangan. Kami bekerjasama dengan FIM dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi proses pemilihan pelajar yang benarbenar minat dalam bidang kulinari,” jelasnya.

Kejayaan 10 pelajar tajaan pertama pada tahun 2023, membuka ruang kepada kumpulan baharu untuk mengikuti program yang sama selama tujuh bulan.

Daripada tempoh itu, empat bulan diperuntukkan untuk pembelajaran teori dan praktikal di FIM, manakala tiga bulan lagi ialah latihan industri di restoran atau hotel terpilih.

Mohd Jazri
Mohd Jazri

Lebih membanggakan, para pelajar ini berpeluang diserap bekerja selepas tamat latihan praktikal, membuktikan potensi sebenar dalam dunia kulinari.

“Kami tidak menetapkan syarat untuk mereka bekerja dengan syarikat selepas tamat pengajian. Apa yang penting, mereka berjaya dalam bidang ini sama ada membuka restoran sendiri atau menjadi ketua cef di hotel ternama,” kata Mohd Jazri lagi.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp