Antara anak-anak Orang Asli yang menerima bakul makanan sumbangan UMT dan agensi-agensi lain.
Antara anak-anak Orang Asli yang menerima bakul makanan sumbangan UMT dan agensi-agensi lain.

UMT agih bakul makanan kepada komuniti Orang Asli

ROSHLAWATY MD RAIEH
02 Apr 2024 10:01am
A
A
A

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengagihkan 40 bakul makanan kepada masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Berua, Kuala Berang, Terengganu membabitkan dana melebihi RM3,000.

Timbalan Pengarah Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari (IBTPL), UMT, Profesor Dr Khatijah Omar berkata, inisiatif diteruskan sekumpulan penyelidik IBTPL dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan sokongan agensi-agensi lain.

Ujarnya, komuniti Orang Asli yang beragama Islam di kampung berkenaan masih memerlukan bantuan daripada orang ramai.

“Alhamdulillah, agihan bakul makanan kepada masyarakat dan anak-anak Orang Asli yang bersekolah di Jungle School atau Sekolah Rimba berjalan lancar.

No Image Caption

“Harapnya, ia mampu meringankan beban mereka dalam menjalani ibadah puasa dan Syawal tidak lama lagi,” ujarnya.

Mengulas mengenai Jungle School, Khatijah berkata, penubuhan sekolah itu bertujuan memupuk minat belajar dalam kalangan Orang Asli.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

“Kelompok guru dari Sekolah Kebangsaan Sungai Berua akan mengajar mereka secara santai merangkumi 20 slot pembelajaran.

“Antaranya topik Hutan Ini Milik Kita, Pasar Borong, Sing Along, Jom Masuk Hutan, Treasure Hunt & Amp; Show and Tell dalam usaha menarik perhatian si cilik Orang Asli menimba ilmu secara berterusan,” jelas beliau.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok