‘Campur2 Nasi Lemak’ telah mengukir rekod baru kategori ‘kebanyakan peserta dalam sesi sarapan nasi lemak’ iaitu satu prestasi yang diiktiraf secara rasmi oleh Malaysia Book of Records.
‘Campur2 Nasi Lemak’ telah mengukir rekod baru kategori ‘kebanyakan peserta dalam sesi sarapan nasi lemak’ iaitu satu prestasi yang diiktiraf secara rasmi oleh Malaysia Book of Records.

Universiti Taylor’s diiktiraf Malaysia Book of Records menerusi acara sarapan khas nasi lemak

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
22 Sep 2023 04:29pm

Universiti Taylor’s mengakhiri sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia baru-baru ini dengan menganjurkan acara sarapan khas yang memancarkan perpaduan dan kepelbagaian di kampus Taylor's Lakeside, Subang Jaya, Selangor.

Pengalaman ‘Campur2 Nasi Lemak’ yang diilhamkan menerusi video perayaan Universiti Campur2 itu menyaksikan penyertaan lebih 1,000 individu yang terdiri dalam kalangan rakyat Malaysia, peserta antarabangsa dan mahasiswa dari beberapa universiti.

Nasi lemak daripada pelbagai hidangan itu dihasilkan oleh mahasiswa dan pensyarah dari Taylor's Culinary Institute (TCI).

No Image Caption

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Taylor, Ben Foo, Taylor’s sangat komited terhadap misinya untuk memupuk perpaduan melalui kepelbagaian.

“Acara ini adalah bukti kuat untuk mempamerkan bagaimana komuniti Taylor’s sentiasa bersemangat sambil meraikan nilai murni secara bersama-sama.

“Apatah lagi badan pelajar kami berasal dari berbagai bangsa dan kepelbagaian inilah yang mendorong kami untuk meraikan seluruh komuniti Taylorian,” ujarnya dengan menambah ‘Campur2 Nasi Lemak’ telah mengukir rekod baru kategori ‘kebanyakan peserta dalam sesi sarapan nasi lemak’ iaitu satu prestasi yang diiktiraf secara rasmi oleh Malaysia Book of Records.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Terdahulu, video ‘Campur2 Nasi Lemak’ yang menggambarkan keharmonian pelbagai bangsa telah berjaya mendapat lebih 6.6 juta tontotan menerusi platform media sosial.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp