No Image Caption

UPM Kampus Bintulu bakal tubuh Fakulti Veterinar dan Penternakan

MOHAMAD AMREEL IMAN ABD MALEK
25 Sep 2023 12:06pm
A
A
A



Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu, Sarawak bakal menubuhkan Fakulti Veterinar dan Penternakan (FVP) sebagai usaha memacu serta memperkukuhkan agenda pertanian dan keterjaminan makanan.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, Profesor Dr Ismi Arif Ismail, matlamat penubuhan fakulti itu juga bertujuan melahirkan lebih ramai doktor veterinar di Sarawak dan menyokong cadangan penubuhan Sarawak Livestock Industry Board serta alternatif bagi Institut Veterinar Malaysia di Kluang, Johor,

Dalam usaha berkenaan, beliau mempengerusikan mesyuarat penubuhan FVP Kampus Bintulu di Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak di Kuching baru-baru ini.

Jelasnya, melalui mesyuarat itu telah dicapai beberapa perkara iaitu melibatkan urus tadbir program pengajian, kewangan dan juga pentadbiran bagi permurnian kertas konsep.

Artikel Berkaitan:


Dalam pada itu, majlis tersebut turut dipengerusikan bersama Setiausaha Tetap, Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Sirai Daha, bagi pemurnian kertas konsep penubuhan FVP di Kuching, Sarawak.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Sarawak, Dr Adrian Susin Ambud; Pengarah UPM Kampus Bintulu, Profesor Dr Shahrul Razid Sarbini dan Dekan Fakulti Perubatan Veterinar, Datuk Profesor Dr Azmi Lela.

Turut serta Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan UPM Kampus Bintulu, Dr Zamri Rosli dan Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, Suhana Md Chairi.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok