Wan Sajiri berkata namun bagi pelajar Tingkatan Lima dan Kolej Pra-Universiti, mereka akan menjalani pembelajaran seperti biasa di sekolah kerana peperiksaan yang telah dijadualkan.

Kredit foto: Freepik
Wan Sajiri berkata namun bagi pelajar Tingkatan Lima dan Kolej Pra-Universiti, mereka akan menjalani pembelajaran seperti biasa di sekolah kerana peperiksaan yang telah dijadualkan. Kredit foto: Freepik

Gangguan bekalan air: Pulau Pinang benar pelajar PdPR

AZLEENDA SAHALUDIN
05 Jan 2024 06:28pm
A
A
A

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang membenarkan semua sekolah di negeri itu mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) susulan gangguan bekalan air berjadual selama empat hari bermula 10 Januari ini.

Timbalan Pengarah Pendidikan Pulau Pinang, Wan Sajiri Wan Hassan berkata, namun bagi pelajar Tingkatan Lima dan Kolej Pra-Universiti, mereka akan menjalani pembelajaran seperti biasa di sekolah kerana peperiksaan yang telah dijadualkan.

"Kami telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melaksanakan PdPR di semua sekolah sepanjang tempoh gangguan bekalan air di negeri ini.

"JPN akan mengedar surat makluman berhubung pembelajaran menerusi PdPR kepada pihak sekolah dalam masa terdekat ini," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Seramai 590,000 pengguna air termasuk bukan domestik dijangka terkesan dengan ketiadaan bekalan susulan penutupan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penggantian dua unit injap 1,200 milimeter (mm) yang rosak.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan gangguan berjadual selama 98 jam itu, bermula 6 pagi 10 Januari hingga 6 pagi 14 Januari ini, turut membabitkan kerja sampingan lain di 22 lokasi seluruh Pulau Pinang. - BERNAMA

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok