Sistem pendigitalan adalah selari dengan aspirasi nasional yang mana universiti awam perlu proaktif memperkasakan sistem tersebut dalam proses dan gerak kerja urusan berkaitan.
Sistem pendigitalan adalah selari dengan aspirasi nasional yang mana universiti awam perlu proaktif memperkasakan sistem tersebut dalam proses dan gerak kerja urusan berkaitan.

UTeM laksana sistem pendigitalan sempena majlis konvokesyen

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
28 Nov 2023 05:20pm

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melaksanakan sistem dan proses penganjuran majlis secara pendigitalan bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan Majlis Konvokesyen UTeM ke-19 di Dewan Canselor, Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal, Melaka, awal November lalu.

Menurut Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Ts Dr Massila Kamalrudin, pelaksanaan pendigitalan itu merangkumi proses sebelum, semasa dan selepas penganjuran majlis konvokesyen.

Ujarnya, perkara itu selari dengan aspirasi nasional yang mana universiti awam perlu proaktif memperkasakan pendigitalan dalam proses dan gerak kerja urusan berkaitan.

“UTeM selaku institusi kecemerlangan ilmu terus dinamik menerapkan pendigitalan secara penuh dan proses ini memberikan pendedahan langsung kepada mahasiswa, graduan, kakitangan universiti serta semua ibu bapa yang terlibat,” ujarnya.

No Image Caption

Mengulas mengenai pendigitalan yang dilakukan, Massila berkata, ia melibatkan beberapa komponen seperti platform laman sesawang majlis konvokesyen yang menjadi rujukan utama graduan dan ibu bapa.

Selain laman sesawang, Massila berkata, turut dibangunkan adalah sistem permohonan jubah graduan yang menjadi pemangkin kepada penjimatan masa dan melancarkan proses agihannya secara fizikal dengan lebih efisien.

“Sistem permohonan jubah graduan dilengkapi pautan Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) yang dibangunkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), bagi mengetahui status pekerjaan graduan setelah tamat pengajian.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

“Sistem ini bertujuan mendapatkan pandangan mereka berhubung program pengajian, kemudahan dan perkhidmatan di institut pengajian tinggi (IPT), sekali gus mengukur kebolehpasaran graduan UTeM,” ujarnya.

Menerusi pendigitalan itu, UTeM turut menyediakan buku konvokesyen secara digital di mana setiap graduan, ibu bapa dan tetamu kenamaan boleh mendapatkannya di laman sesawang Majlis Konvokesyen UTeM.

Tidak ketinggalan, pihak vendor bagi urusan gambar rasmi konvokesyen graduan menyahut ke arah pendigitalan dengan menyediakan platform permohonan dan pembayaran gambar secara dalam talian.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp