Gambar hiasan- Kredit foto Unsplash
Gambar hiasan- Kredit foto Unsplash

UTeM perkenal Menu Siswa Rahmah pada harga RM3.50

NADZARUL AMIR ZAINAL AZAMNADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
28 Mar 2023 12:43pm

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah melaksanakan Menu Siswa Rahmah pada harga serendah RM3.50 sejajar aspirasi nasional dalam meringankan beban mahasiswa terutama golongan B40.

Naib Canselornya, Profesor Ts Dr Massila Kamalrudin berkata, UTeM menerusi inisiatif dan pendekatan segera telah melaksanakan Menu Siswa Rahmah bermula 20 Mac lalu.

“UTeM menempatkan lebih 62 peratus mahasiswa berstatus B40 daripada 11,000 pelajar layak menikmati Menu Siswa Rahmah pada harga serendah RM3.50.

“Universiti sentiasa berikhtiar dan berusaha menjayakan pelbagai inisiatif bagi membantu para mahasiswa miskin terutama golongan B40 supaya tidak terjejas pengajian mereka disebabkan kesusahan dan keperitan hidup.

“Pelaksanaan menu ini berkuat kuasa sepenuhnya di semua kafertaria yang beroperasi dalam kampus UTeM malah sangat bertepatan ketika kos sara hidup menunjukkan tren peningkatan pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media, baru-baru ini.

Beliau menjelaskan, menu berkenaan terdiri daripada dua pilihan iaitu set nasi putih, ikan atau ayam, sayur dan kuah ataupun sup kosong bersama air kordial.

Gambar hiasan- Kredit foto Unsplash
Gambar hiasan- Kredit foto Unsplash

Massila menambah, pilihan kedua pula, merupakan set nasi, bihun, mi atau kuetiau goreng dipadankan dengan telur dan beberapa pilihan air untuk memberi kepelbagaian kepada para mahasiswa.

Artikel Berkaitan:

“Usaha ini dijayakan menerusi kerjasama bersama tujuh pengusaha dalam kampus induk manakala dua buah di kampus Teknologi UTeM.

“Sebagai insentif dan imbal balik, pengurusan tertinggi universiti bersetuju untuk memberi pengecualian sewaan sehingga akhir tahun ini kepada semua pengusaha kafeteria,” ujarnya.

Tuturnya, Menu Rahmah pada harga RM5.00 yang diperkenalkan sebelum ini masih diteruskan oleh pengusaha-pengusaha kafetaria di UTeM.

Beliau berkata, kejayaan pelaksanaan menu berkenaan menzahirkan UTeM terus proaktif dan sentiasa menyahut aspirasi yang digagaskan oleh Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp