Pengarah Eksekutif Grup Media Karangkraf, Farah Hussamuddin (empat dari kiri) menerima mock cheque daripada pihak UUM.
Pengarah Eksekutif Grup Media Karangkraf, Farah Hussamuddin (empat dari kiri) menerima mock cheque daripada pihak UUM.

UUM salur sumbangan mangsa gempa bumi menerusi Tabung #BantuanBencana Sinar Karangkraf x SyriaCare

AZLEENDA SAHALUDIN
28 Mar 2023 03:32pm
A
A
A

Universiti Utara Malaysia (UUM) mengambil inisiatif menyalurkan sumbangan kepada mangsa bencana gempa bumi di Turkiye dan Syria menerusi Tabung #BantuanBencana Sinar Karangkraf x SyriaCare.

Sumbangan yang berjaya dikumpulkan berjumlah RM7,100 itu adalah hasil daripada kutipan warga kampus termasuk mahasiswa UUM.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang Menjalankan Fungsi Naib Canselor UUM, Profesor Dr Shahimi Mohtar berkata, idea untuk melaksanakan sumbangan berkenaan tercetus selepas menerima dan melihat berita bencana yang berlaku di dua negara terbabit.

“Selepas hari kedua bencana berlaku, kami di UUM segera mengadakan kutipan sumbangan daripada kalangan pensyarah dan mahasiswa.

“Malah apabila melihat Sinar Karangkraf turut mengadakan tabung bantuan bencana, jadi saya memilih untuk menyalurkan sumbangan ini melalui Tabung #BantuanBencana Sinar Karangkraf x SyriaCare kepada mangsa-mangsa yang terkesan,” ujarnya ketika ditemui di Sinar Karangkraf pada Selasa.

Dalam pada itu, Tabung #BantuanBencana Sinar Karangkraf x SyriaCare yang dilancarkan sejak 8 Februari hingga 1 Mac lalu telah berjaya meraih sumbangan melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu sebanyak RM306,901.23.

Ia ditubuhkan bagi membantu mangsa-mangsa bencana di Turkiye dan Syria dengan menyediakan barangan keperluan asas seperti bahan pemanas, makanan, khemah dan ubat-ubatan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok