No Image Caption

YPM sedia bantuan pendidikan untuk semua anak negeri Terengganu yang layak

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
07 Feb 2023 10:37am

Berjaya mendapat tempat bagi menyambung pengajian di institut pengajian tinggi (IPT) merupakan sesuatu perkara diidamkan oleh semua pelajar yang mengimpikan jaminan masa depan yang cerah.

Namun ia mungkin tidak kesampaian sekiranya pelajar ini berdepan dengan masalah kewangan atau kekangan kewangan yang tidak mengizinkan.

Ini dilihat sebagai satu perkara yang tidak seharusnya berlaku apatah lagi sekiranya pelajar tersebut memperoleh keputusan yang sangat cemerlang.

Berita baik kepada semua bakal mahasiswa rakyat negeri Terengganu, Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) telah membuka permohonan bantuan pengajian IPT sama ada dalam atau luar negara.
Berita baik kepada semua bakal mahasiswa rakyat negeri Terengganu, Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) telah membuka permohonan bantuan pengajian IPT sama ada dalam atau luar negara.



Untuk itu, berita baik kepada semua bakal mahasiswa yang merupakan rakyat negeri Terengganu, Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) telah membuka permohonan bantuan pengajian IPT sama ada dalam atau luar negara.

Bantuan pendidikan ini terbahagi kepada dua jenis iaitu bantuan awal dan bantuan IPT.

Bantuan awal diberikan kepada bakal mahasiswa yang baru diterima masuk untuk menyambung pengajian sama ada peringkat sijil, matrikulasi, asasi, diploma, ijazah, sarjana atau doktor falsafah buat kali pertama.

Pemohon perlu memohon sekurang-kurangnya tidak melebihi tiga bulan selepas tarikh pendaftaran mengikut surat tawaran yang diterima.

Artikel Berkaitan:

Manakala, bantuan IPT pula diberi kepada mahasiswa yang sedang menyambung pelajaran di peringkat diploma dan ijazah bagi kategori asnaf fisabillah atau miskin dan sijil, matrikulasi, asasi, sarjana serta doktor falsafah bagi kategori asnaf miskin.

Bantuan ini juga dibuka permohonannya dua kali setahun dan akan diumumkan di media sosial rasmi YPM.

Bagi memberi lebih pemahaman kepada para pemohon, Sinar Bestari ingin kongsikan langkah-langkah bagaimana cara untuk memohon, senarai dokumen yang diperlukan serta disahkan dan syarat kelayakan untuk makluman mahasiswa.

Jom baca!

***

Langkah-langkah

1) Layari laman sesawang https://ypmaidam.my/.

2) Klik pada ‘Permohonan Bantuan Zakat Pendidikan’.

3) Baca garis panduan bantuan yang telah disediakan mengikut kesesuaian sama ada IPT dalam atau luar negara.

4) Mula mendaftar.

Senarai dokumen yang diperlukan dan disahkan

Pengesahan boleh dibuat melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), amli zakat dan ketua kampung.

1) Slip pengesahan permohonan bantuan.

2) Borang akaun pendapatan.

3) Borang akaun mastautin.

Pengesahan dibuat melalui pihak universiti

1) Surat pengesahan belajar tahun semasa

Syarat kelayakan bagi bantuan awal

1) Mahasiswa yang baru sahaja mendapat tawaran melanjutkan pelajaran.

2) Tempoh pengajian tidak kurang dari enam bulan dan tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan dengan industri hiburan.

3) Layak dipertimbangkan bantuan sekali sahaja.

4) Permohonan perlu dihantar dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh pendaftaran pengajian.

5) Tiada had pendapatan kasar ibu bapa yang ditetapkan.

Syarat kelayakan bagi bantuan IPT

1) Pemohon adalah seorang yang sedang menyambung pengajian di IPT awam atau swasta sama ada dalam atau luar negara.

2) Pendapatan kasar ibu bapa tidak melebihi RM2,000 sebulan.

3) Sudah menerima keputusan peperiksaan semesta pertama tahun semasa pengajian.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp