No Image Caption

100 Saintis, 100 Sekolah, 100 Hari pupuk minat murid dalam bidang STEM

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
30 Oct 2024 09:47am

Dalam usaha memupuk minat dan kecenderungan pelajar terhadap bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) khususnya subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), program 100 Saintis, 100 Sekolah dan 100 Hari (STI 100) telah diadakan dengan penyertaan sebanyak 100 buah sekolah dari seluruh negara.

Salah sebuah sekolah yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Changgang, Selangor dengan penghasilan projek utama iaitu alat penapis air hasil bimbingan Pensyarah Kejuruteraan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Ts Dr Noor Aina Miskon.

Noor Aina
Noor Aina



Menurut Noor Aina, dalam tempoh 100 hari program ini berlangsung, murid yang terlibat menghasilkan alat penapis air dilihat sesuai dengan matlamat STI 100 dalam usaha membentuk generasi muda agar lebih memahami dan menghargai STI.

"Para saintis dalam kalangan murid sekolah dan pensyarah pembimbing disyaratkan hadir ke sekolah sekurang-kurangnya tiga kali dalam tempoh program berlangsung.

"Ia adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada murid dan bagi SK Bukit Changgang ini seramai 60 murid telah terlibat,” katanya.

Program STI 100 telah bermula sejak Oktober lalu yang merupakan anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Hasil saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengarahkan MOSTI menyenaraikan 100 orang saintis tempatan adalah bertujan melaksanakan Program Jangkau Luar kadpa 100 buah sekolah ketika perasmian Karnival Minggu Sains Negara 2024.

No Image Caption



Dalam majlis sama, program Jambori Komunikasi Satelit turut diadakan di SK Bukit Changgang pada 26 Oktober lalu sebagai sebahagian sambutan Minggu Sains Negara (MSN) yang bertemakan satelit angkasa.

Murid atau peserta telah diperkenalkan tentang teknologi komunikasi satelit dan penjejakan satelit oleh ahli Persatuan Pemancar Radio Amatur Malaysia (MARTS) dengan bantuan Kumpulan Minat Khas (SIG) Satelit Malaysia.

No Image Caption



Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah komunikasi radio amatur melalui satelit, penjejakan satelit dan pencerapan Slow Scan Televisyen (SSTV).

Untuk makluman, SSTV ini adalah kaedah penghantaran imej atau data dengan menggunakan frekuensi radio amatur yang disifatkan sangat berguna ketika kecemasan dan apabila komunikasi terputus.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp