Gambar hiasan - Kredit foto Benjamin Dada/Unsplash
Gambar hiasan - Kredit foto Benjamin Dada/Unsplash

12 sekolah kebangsaan hadapi masalah internet di Lembah Pantai akan diatasi - Fahmi

NADZARUL AMIR ZAINAL AZAMNADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
17 May 2023 01:32pm

Masalah internet di 12 sekolah kebangsaan di kawasan Parlimen Lembah Pantai akan diselesaikan secara berperingkat-peringkat dengan bantuan Telekom Malaysia Bhd (TM) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bangsar Pudu.

Menteri Komunikasi dan Digital yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, TM dan PPD Bangsar Pudu sudah mengadakan perbincangan mengenai perkara itu.

"Sebagai permulaan TM akan pergi ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar esok (hari ini) untuk menilai keperluan internet di situ.

"Proses tersebut akan memakan sedikit masa kerana harus mendapat kelulusan ke kawasan sekolah serta meneliti apa keperluan yang perlu, khususnya untuk bilik guru supaya internet itu cukup bagi kegunaan harian guru,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Raya Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Sambutan Hari

Guru bersama warga pendidik Lembah Pantai di SMK Seri Pantai, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain itu, beliau mencadangkan supaya sekolah-sekolah di sekitar Lembah Pantai berkolaborasi dengan syarikat gergasi yang berpangkalan di kawasan itu dari segi pendigitalan.

“Kerjasama dengan syarikat-syarikat tersebut sedikit sebanyak dapat menunjukkan kepada anak-anak (murid sekolah) bagaimana masa depan mereka dari segi pekerjaan yang mungkin jauh berbeza dengan dahulu...” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp