Majlis Pelancaran iBin dan Penyerahan Tong Kitar Semula yang diadakan di SJKC Pay Chiao melibatkan murid, guru dan komuniti yang berkenaan.
Majlis Pelancaran iBin dan Penyerahan Tong Kitar Semula yang diadakan di SJKC Pay Chiao melibatkan murid, guru dan komuniti yang berkenaan.

Aktifkan kitar semula, 4 sekolah di Melaka terima Tong Sampah Beroda

ROSHLAWATY MD RAIEH
29 Nov 2023 05:34pm
A
A
A

Sebanyak 12 unit Tong Sampah Beroda (TSB) 240 liter sumbangan SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) diagihkan kepada empat buah sekolah rendah di Melaka.

Sekolah yang bertuah itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Merlimau Dua, SK Sungai Buloh, SK Ayer Merbau dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pay Chiao.

Agihan TSB itu merupakan salah satu program di bawah Projek Penyelidikan menerusi Inisiatif Knowledge Transfer and Social Innovation Engagement and Research Helix (KaSEH) yang dilaksanakan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Ia dikelolakan Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin di bawah Geran Community Engagements Social Research Innovation (CE-SIR).

No Image Caption

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin memuji usaha UiTM yang mewujudkan KaSEH bagi memudahkan aktiviti pemantauan dan pengendalian barang-barang kitar semula yang dimasukkan ke dalam tong kitar semula pintar (iBin).

“Satu inisiatif yang sangat bagus dalam perkara berkaitan barang kitar semula.

“Diharapkan usaha ini berjaya dan dapat digunakan secara meluas kerana ia pendekatan yang lebih cekap, moden dan bersistematik khususnya dalam operasi pengumpulan barang-barang kitar semula, sekali gus memberi nilai tambah kepada SWM mendigitalkan proses kerja," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran iBin dan Penyerahan Tong Kitar Semula di SJKC Pay Chiao, Bemban, Melaka pada Jumaat.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Pusat Pengajian, Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, UiTM Melaka, Ts Dr Jamaluddin Jasmis; Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Jasin, Melaka, Dr Mohd Alfouzii Nasir dan Guru Besar SJKC Pay Chiao, Teh Bee Ti.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok