Keadaan asrama SK Pinapak yang terbakar dalam kejadian pagi Jumaat.
Keadaan asrama SK Pinapak yang terbakar dalam kejadian pagi Jumaat.

Asrama SK Pinapak tempatkan 60 murid terbakar

ASYIKIN ASMINASYIKIN ASMIN
14 Dec 2025 01:19am

Sebuah asrama menempatkan kira-kira 60 murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Pinapak, Pitas, Sabah musnah dalam kebakaran yang berlaku pada Jumaat.

Dalam kejadian sekitar jam 8 pagi itu, semua murid terselamat kerana berada di kelas masing-masing untuk menjalankan aktiviti sekolah ketika api mula marak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pitas, Noor Jali Maslah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.13 pagi sebelum bergegas ke lokasi.

Katanya, seramai lima anggota BBP Pitas bersama dua anggota dari BBP Kota Marudu digerakkan ke lokasi kejadian.

"Komander Operasi melapor kebakaran melibatkan sebuah asrama jenis kekal dan semasa kejadian tiada murid berada di dalam asrama.

"Operasi memadamkan api segera dijalankan menggunakan kaedah offensive menggunakan pancutan sumber air dari jentera bomba," katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya lagi, kebakaran berjaya dikawal pada jam 8.58 pagi, dan pemeriksaan lanjut mengesahkan tiada mangsa terlibat.

"Asrama tersebut difahamkan didiami 30 murid lelaki dan 30 lagi murid perempuan namun setakat ini tiada melibatkan sebarang mangsa," katanya.

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Asrama yang menempatkan kira-kira 60 murid di SK Pinapak musnah dalam kebakaran pada Jumaat
  • Kebakaran berlaku ketika semua murid berada di kelas menjalankan aktiviti sekolah
  • BBP Pitas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.13 pagi dan bergegas ke lokasi
  • Seramai lima anggota BBP Pitas dan dua dari BBP Kota Marudu digerakkan untuk operasi pemadaman
  • Kebakaran berjaya dikawal pada jam 8.58 pagi tanpa melibatkan sebarang mangsa
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp