Dari kiri: Alwi; Guru Besar SRI Al Amin, Hamnah Jusri; Mohd Izzuddin dan Azmi sewaktu sesi tandatangan sijil jaringan bersama agensi masing-masing.
Dari kiri: Alwi; Guru Besar SRI Al Amin, Hamnah Jusri; Mohd Izzuddin dan Azmi sewaktu sesi tandatangan sijil jaringan bersama agensi masing-masing.

Hari Penghadaman Sedunia meriah!

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
22 Jul 2024 10:17am

Warga sekolah perlu diberi kesedaran tentang kepentingan mengamalkan aktiviti sihat dalam kehidupan seharian.

Ia kerana, aktiviti sihat membantu menjaga berat badan yang ideal, menguatkan otot dan tulang serta meningkatkan daya tahan kardiovaskular.

Selain itu, aktiviti sihat juga dapat mencapai sasaran kesihatan dan kecergasan hingga boleh meningkatkan keyakinan diri serta imej diri yang positif.

Baru-baru ini, Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Badak, Kuantan, Pahang menganjurkan majlis pelancaran Hari Penghadaman Sedunia peringkat sekolah sempena Program Misi Sihat Yakult 3.0.

Guru Besarnya, Azmi Lateh berkata, program bertemakan ‘Murid Sihat, Cemerlang Sukan’ sangat bermanfaat sebagai saluran maklumat kepada murid berkaitan kepentingan aktiviti sihat.

“Saya menyeru kepada semua untuk menjaga diet kerana kita perlu menerima bekalan probiotik iaitu bakteria baik yang ditemui dalam makanan tertentu. Ia dapat mengekalkan keseimbangan sewajarnya bagi mikroorganisma yang hidup dalam saluran penghadaman masing-masing,” katanya sewaktu majlis pelancaran itu.

Hadir sama Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Pahang, Alwi Muda dan Penyelaras Perhubungan Awam dan Sains Yakult (Malaysia) Sdn Bhd, Mohd Izzuddin Mohd Zani.


Persembahan lompat tali oleh murid-murid menepati Program Misi Sihat Yakult 3.0.
Persembahan lompat tali oleh murid-murid menepati Program Misi Sihat Yakult 3.0.

Artikel Berkaitan:

Alwi yang bertindak selaku perasmi program berkata, Hari Penghadaman Sedunia dengan kerjasama Yadim, Sekolah Rendah Islam (SRI) Al Amin, Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dan Kelab KawanKu itu merupakan satu usaha memasyarakatkan dakwah kerana penjagaan kesihatan termasuk sistem penghadaman antara dititik berat dalam Islam.

Malah katanya, badan sihat juga memudahkan solat dan ibadah lain.

Terdahulu, Hari Penghadaman Sedunia menyediakan beberapa aktiviti menarik kepada warga sekolah.

Ia dimulakan dengan persembahan lompat tali oleh 10 murid berbakat SK Permatang Badak.

Kemunculan maskot Yakult turut menggamit suasana ceria warga sekolah sehingga masing-masing teruja untuk mendekatinya.

Pemberian sebotol Yakult kepada setiap murid juga menjadikan program bertambah meriah. Kemudian, sesi ceramah tentang kepentingan pribiotik dalam minuman, memberi informasi baharu kepada murid dan guru.

Murid-murid bersorak kegembiraan diberikan minuman Yakult secara percuma dalam Hari Penghadaman Sedunia.
Murid-murid bersorak kegembiraan diberikan minuman Yakult secara percuma dalam Hari Penghadaman Sedunia.

Pameran pemakanan sihat turut diadakan di dewan sekolah, sekali gus memberi peluang kepada murid memahami dan mengapresiasi kepentingan pemakanan sihat.

Permainan interaktif dan saringan kesihatan percuma oleh pasukan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut dianjurkan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp