Warga sekolah tampil berpelikat sempena program bertemakan 'SKeL Berpelikat Sempena HSN' yang diadakan baru-baru ini.
Warga sekolah tampil berpelikat sempena program bertemakan 'SKeL Berpelikat Sempena HSN' yang diadakan baru-baru ini.

Hari Sukan Negara SK Lebu meriah dengan tema berpelikat!

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
16 Oct 2025 09:26am

Suasana di Sekolah Kebangsaan (SK) Lebu (SKeL), Bentong, Pahang Sabtu lalu benar-benar meriah apabila warga sekolah tampil berwarna-warni dalam kain pelikat sempena sambutan Hari Sukan Negara (HSN).

Bertemakan 'SKeL Berpelikat Sempena HSN' program itu bukan sahaja menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan murid dan guru, malah turut menyuntik rasa bangga terhadap budaya tradisional masyarakat Melayu.

Menurut Guru Besar SKeL, Rozeelizawati Zainal Abidin, objektif utama penganjuran adalah untuk memupuk gaya hidup sihat dan menggalakkan penyertaan aktif semua warga sekolah dalam aktiviti sukan.

No Image Caption

"Kami mahu menjadikan sukan sebagai amalan hidup sihat di samping menanam kecintaan terhadap budaya pelikat yang menjadi warisan bangsa," katanya kepada Sinar Bestari.

Program bermula seawal jam 7.30 pagi dengan bacaan Yasin, disusuli aktiviti senamrobik dan acara kemuncak iaitu ‘5,000 Langkah Berpelikat’ yang melibatkan semua murid termasuk prasekolah.

Menariknya, para peserta tampil dengan pelbagai gaya lilitan pelikat yang kreatif dan santai sambil melangkah penuh semangat mengelilingi kawasan sekolah sejauh kira-kira 2.5 kilometer.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Pada awalnya pihak sekolah bercadang mengadakan cabaran '10,000 langkah', namun jarak itu disesuaikan bagi mematuhi Masa Instruksional Minimum (MMI) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Selepas rehat, aktiviti diteruskan dengan perlawanan sukan santai membabitkan pertandingan antara murid serta perlawanan persahabatan murid menentang guru, sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bersambung seperti biasa pada jam 10.45 pagi.

Sementara itu, Rozeelizawati turut menzahirkan rasa bangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh semua warga sekolah sepanjang program berlangsung.

No Image Caption

"Semoga semangat kesukanan dan kecintaan terhadap budaya tradisional seperti kain pelikat terus mekar dalam diri murid-murid," katanya..

Dengan keunikan temanya dan penglibatan menyeluruh semua warga sekolah, 'SKeL Berpelikat Sempena HSN' bukan sekadar program riadah, tetapi simbol perpaduan, budaya dan semangat sihat warga sekolah ke arah Malaysia Madani.

No Image Caption

 

 

Ringkasan AI

  • Sekolah Kebangsaan (SK) Lebu di Bentong, Pahang meriah dengan kain pelikat sempena Hari Sukan Negara
  • Bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dan kecintaan pada budaya pelikat
  • Acara utama ialah '5,000 Langkah Berpelikat' melibatkan murid dan guru
  • Awalnya dirancang '10,000 langkah' tetapi disesuaikan demi mematuhi Masa Instruksional Minimum KPM
  • Program simbolkan perpaduan, budaya dan semangat sihat ke arah Malaysia Madani
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp