Rohati Mohd Nasir bersama anaknya, Muhammad Haziq Mohd Redzuan.
Rohati Mohd Nasir bersama anaknya, Muhammad Haziq Mohd Redzuan.

Ibu bapa murid PPKI SK Serdang luah rasa syukur terima sumbangan pakaian raya 

AZLEENDA SAHALUDIN
17 Apr 2023 08:38pm
A
A
A

Rata-rata ibu bapa dan guru murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Serdang, Selangor, menzahirkan rasa syukur apabila menerima sumbangan kelengkapan pakaian raya daripada Ehsan Group of Companies pada Isnin.

Jelas terpancar keseronokan ibu bapa, guru dan murid sekolah berkenaan ketika diberi peluang membeli belah dan memilih pakaian di Mydin Wholesale Hypermarket USJ 1.

Menurut Guru Besar SK Serdang, Noriza Hamid, PPKI SK Serdang telah berusaha menganjurkan pelbagai aktiviti demi pendidikan murid Pendidikan Khas dan salah satunya melalui Program Jom Shopping Raya bersama Ehsan.

Tambahnya, mewakili pihak sekolah, dia amat berterima kasih kepada Pengasas serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ehsan Group of Companies, Datuk Abdul Hamid P.V Abdu, sebagai penyumbang utama kepada program ini dengan menaja pembelian pakaian raya bagi murid-murid istimewa ini.

“Semoga dengan sumbangan ini ia dapat menyerlahkan lagi keceriaan murid bagi meraikan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

“Usaha murni ini juga sebagai salah satu lambang penghargaan kepada murid-murid PPKI SK Serdang yang diraikan dan berharap agar ia dapat diteruskan lagi pada tahun akan datang,” katanya ketika berucap pada Program Jom Shopping Raya bersama Ehsan di Mydin Wholesale Hypermarket USJ 1, Selangor.

Rohati Mohd Nasir bersama anaknya, Muhammad Haziq Mohd Redzuan.
Rohati Mohd Nasir bersama anaknya, Muhammad Haziq Mohd Redzuan.



Sementara itu, menurut ibu kepada salah seorang murid, Rohati Mohd Nasir, perasaan gembira tidak dapat digambarkan memandangkan tahun ini dia berpeluang merasai suasana meriah membeli belah bersama ibu bapa yang lain.

“Tahun lepas saya tidak berkesempatan untuk turut serta dalam program ini kerana anak tidak sihat.

Artikel Berkaitan:


“Jadi tahun ini, Alhamdulillah anak saya bukan sahaja dapat pakaian baharu tetapi turut diberi pendedahan luar bilik darjah tentang kemeriahan sambutan Aidilfitri.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ehsan Group of Companies di atas sumbangan yang diberikan dan peluang untuk mereka (murid) rasai sendiri pengalaman sambutan Hari Raya,” ujarnya ketika ditemui Sinar Bestari.

Hapizah Abd Kadir bersama dua anaknya, Wan Asmyar Hadi Wan Mohd Asdi dan Wan Aqil Harith Wan Mohd Asdi.  
Hapizah Abd Kadir bersama dua anaknya, Wan Asmyar Hadi Wan Mohd Asdi dan Wan Aqil Harith Wan Mohd Asdi.  



Selain itu, ibu kepada dua murid yang turut menerima sumbangan, Hapizah Abd Kadir mengucapkan rasa syukur kerana masih ada pihak yang prihatin dengan anak-anak istimewa ini.

“Alhamdulillah, dengan sumbangan yang diterima ia sedikit sebanyak membantu meringankan beban ibu bapa dalam membeli pakaian raya anak-anak.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan semoga Ehsan Group of Companies sentiasa dimurahkan serta diperluaskan rezeki supaya dapat terus memberikan sumbangan untuk jangka masa panjang,” ujarnya.

Muhammad Haziq Mohd Redzuan, murid PPKI SK Serdang ketika membeli belah pakaian raya bersama ibu dan bapanya.
Muhammad Haziq Mohd Redzuan, murid PPKI SK Serdang ketika membeli belah pakaian raya bersama ibu dan bapanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok