Apa yang lebih menggembirakan, cuti panjang tersebut turut merangkumi sambutan Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji yang dijangka pada 7 Jun 2025 (Sabtu).
Apa yang lebih menggembirakan, cuti panjang tersebut turut merangkumi sambutan Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji yang dijangka pada 7 Jun 2025 (Sabtu).

KPM kongsi tarikh Cuti Penggal 1 selama 12 hari! 'Cuti kali ini termasuk Hari Raya Haji. Seronok & puas hati'

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
06 May 2025 01:53pm

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Kalendar Akademik memaklumkan bahawa tarikh Cuti Penggal 1 bagi sesi akademik 2025/2026 akan bermula pada 29 Mei hingga 9 Jun 2025.

Difahamkan, jumlah hari yang diperuntukkan oleh KPM itu adalah 12 hari.

Apa yang lebih menggembirakan, cuti panjang tersebut turut merangkumi sambutan Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji yang dijangka pada 7 Jun 2025 (Sabtu).

No Image Caption

Gabungan Cuti Penggal 1 dan cuti perayaan ini nyata memberikan kelegaan buat ramai pihak terutama guru dan pelajar yang selama ini gigih menempuh jadual pembelajaran padat dan pelbagai aktiviti sekolah.

Untuk info, Kalendar Akademik KPM membahagikan cuti berkenaan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B.

Kumpulan A terdiri dari sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Manakala Kumpulan B adalah dari Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp