Sebahagian guru KAFA yang mengikuti Bengkel Kecemerlangan Guru KAFA baru-baru ini.
Sebahagian guru KAFA yang mengikuti Bengkel Kecemerlangan Guru KAFA baru-baru ini.

Kualiti guru agama dipertingkat menerusi Bengkel Kecemerlangan Guru KAFA

ROSHLAWATY MD RAIEH
03 Apr 2023 04:38pm
A
A
A

Guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) perlu berani meneroka pelbagai cabang ilmu untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran yang berkesan.

Ini kerana ilmu baharu yang diperoleh secara tidak langsung dapat melahirkan lebih ramai murid yang bijak dan cemerlang dalam bidang agama.

Untuk merealisasikan hasrat itu, baru-baru ini Sekolah Kebangsaan (SK) Muadzam Jaya, Pahang, telah menganjurkan Bengkel Kecemerlangan Guru KAFA yang bermatlamat menyalurkan ilmu berkaitan teknik pedagogi dan teknik pengajaran berkesan serta kaedah penyediaan bahan pengajaran kepada guru KAFA.

Selain itu, Bengkel Kecemerlangan Guru KAFA yang diadakan di sekolah terbabit turut berkongsi koleksi bahan pengajaran terkini yang bakal diperkenalkan dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).

No Image Caption

Menurut Penyelaras Kelas KAFA, Ustaz Mohd Farid Wadjid, guru-guru KAFA sebagaimana guru-guru bidang lain sewajarnya didedahkan dengan perkembangan teknik pengajaran yang terkini.

“Dunia pendidikan hari ini makin maju. Begitu juga dengan kaedah atau pedagogi pembelajaran dan pengajaran (PdP) di sekolah yang sentiasa berubah.

“Justeru, guru-guru KAFA perlu mengikuti perkembangan semasa dan seboleh-bolehnya tiada seorang pun guru KAFA yang tertinggal daripada mengetahui perubahan dan perkembangan terkini,” ujarnya dengan menambah, pihak sekolah telah menjemput Ustaz Mansor Mohammad dari SK Tualang Tinggi, Selising, Kelantan, untuk mengendalikan bengkel itu.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, peserta bengkel, Ustazah Solehah Abdul Rahman melahirkan rasa gembira kerana berpeluang menimba pengetahuan baharu berhubung kaedah pengajaran.

Ustaz Mansor mengendalikan Bengkel Kecemerlangan Guru KAFA di SK Muadzam Jaya.
Ustaz Mansor mengendalikan Bengkel Kecemerlangan Guru KAFA di SK Muadzam Jaya.

Katanya, seseorang guru KAFA tidak sepatutnya statik dan berpuas hati dengan kaedah lama yang sedia diguna pakai selama ini.

Baginya, apa sahaja perkembangan yang baharu, wajar diikuti rapat oleh para guru KAFA.

Sambungnya lagi, ilmu dan kaedah pengajaran dalam dunia pendidikan sentiasa berubah dan sering kali bertambah.

“Oleh itu, langkah pihak pengurusan SK Muadzam Jaya mengadakan bengkel pendedahan kemahiran pedagogi pengajaran kepada guru-guru KAFA dilihat sebagai langkah bertepatan dengan perkembangan semasa,” ujarnya yang berasal dari Mersing, Johor.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok