Sebahagian murid-murid SK Puchong Utama, Puchong, Selangor, yang melakar sejarah MBOR menerusi bilangan penari paling ramai dalam persembahan Irama Malaysia tahun lalu.
Sebahagian murid-murid SK Puchong Utama, Puchong, Selangor, yang melakar sejarah MBOR menerusi bilangan penari paling ramai dalam persembahan Irama Malaysia tahun lalu.

Memartabat seni tradisi di peringkat akar umbi

NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
08 May 2023 03:38pm
A
A
A

Dalam era teknologi hari ini, generasi muda merupakan pewaris yang akan menjadi penyambung kepada seni tradisi.

Menyedari kepentingan tersebut, Sekolah Kebangsaan (SK) Puchong Utama, Puchong, Selangor, sentiasa prihatin dalam memartabat seni tradisi di peringkat akar umbi.

Guru Akademik SK Puchong Utama, Puchong, Selangor, Azliana Ghazali berkata, sekolah berkenaan merangka pelbagai program dalam memupuk minat murid-murid terhadap seni tradisi termasuk tarian tradisional dan dikir barat.

Sebahagian murid-murid SK Puchong Utama, Puchong, Selangor, yang melakar sejarah MBOR menerusi bilangan penari paling ramai dalam persembahan Irama Malaysia tahun lalu.
Sebahagian murid-murid SK Puchong Utama, Puchong, Selangor, yang melakar sejarah MBOR menerusi bilangan penari paling ramai dalam persembahan Irama Malaysia tahun lalu.

"Bahkan, tahun lalu, seramai 200 murid-murid sekolah ini terlibat melakar sejarah Malaysia Book Of Records (MBOR) menerusi bilangan penari paling ramai dalam persembahan Irama Malaysia.

"Mereka merupakan antara 500 peserta mencatat nama bersama penyanyi popular, Noraniza Idris yang berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur," katanya.

Dia yang merupakan Penasihat Dikir Barat SK Puchong Utama menambah, sekolah berkenaan juga akan memeriahkan Karnival Pendidikan Sinar Bestari dengan penyertaan seramai 200 murid melalui persembahan dikir barat.

Artikel Berkaitan:

Azliana
Azliana

Azliana berkongsi beberapa kemahiran yang perlu dimiliki murid-murid untuk berkecimpung dalam seni persembahan dikir barat.

1. Seni muzik dan kebudayaan

Berkecimpung dalam persembahan dikir barat, individu terutama murid-murid perlu memiliki minat mendalam kepada seni muzik dan kebudayaan.

Gabungan seni muzik dan kebudayaan merupakan antara intipati penting dalam persembahan dikir barat.

Ia bukan sahaja dapat membantu 'menjiwai' persembahan tetapi memudahkan mengingati gerak seni tari yang akan digunakan sewaktu latihan dan persembahan.

2. Patuh arahan

Salah satu aspek yang menjadi keutamaan adalah murid-murid mempunyai disiplin dalam mematuhi segala arahan yang diberikan kepada mereka.

Disiplin yang tinggi akan membantu keserasian antara tukang karut, tok juara dan awak-awak.

Selain itu, mematuhi arahan juga dapat melancarkan perjalanan sesi latihan dan persembahan.

3.Kerjasama

Persembahan dikir barat menuntut kerjasama yang tinggi dalam kalangan ahli-ahli. Justeru bekerjasama mampu menterjemah persembahan memukau dan menarik untuk tontonan audiens.

4. Peka isu semasa

Pada kebiasaannya, persembahan dikir barat akan menyentuh tema yang dekat dengan hati masyarakat.

Oleh itu, pengetahuan mengenai isu semasa ataupun berkaitan masyarakat tempatan dapat membantu kumpulan dikir barat melontarkan nasihat-nasihat kepada penonton.

Antara topik yang akan dipersembahkan termasuk isu kesihatan, ekonomi, politik, pendidikan, sosial dan banyak lagi.

5.Humor

Kumpulan dikir barat terutama tukang karut dan tok juara mempunyai kelebihan apabila mampu menampilkan humor ataupun menghayati pelbagai situasi secara semula jadi.

Sifat semula jadi berkenaan dapat menjentik hati para penonton sekali gus memberi faktor 'wow' pada persembahan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok