Peserta program Santunan Kasih bersama penganjur dan fasilitator dari UMS.
Peserta program Santunan Kasih bersama penganjur dan fasilitator dari UMS.

Murid SK Kukuro sertai program CSR

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
25 Sep 2024 11:41am
A
A
A

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) memainkan peranan penting dalam memperkasakan murid melalui program bimbingan, yang membantu mereka membina keyakinan diri dan kemahiran insaniah.

Mereka juga berpeluang melibatkan diri dalam aktiviti menyeronokkan seperti bengkel atau lawatan industri.

Baru-baru ini, lebih 20 murid Sekolah Kebangsaan Kukuro, Beaufort, Sabah menyertai program Santunan Kasih anjuran Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Non Residen, Pusat Non Residen dan Fasiliti Perumahan Pelajar (PNRF), Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Menerusi program itu, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti bermanfaat seperti Latihan Dalam Kumpulan (LDK), sesi motivasi, penanaman anak pokok, melukis mural dan gotong royong membersihkan sekitar premis sekolah.

Santunan Kasih menyediakan aktiviti menyeronokkan kepada murid-murid Kukuro.
Santunan Kasih menyediakan aktiviti menyeronokkan kepada murid-murid Kukuro.

Guru Besar, Abdul Mikri Amit berkata, Santunan Kasih merupakan program CSR yang julung kali diadakan di sekolah itu dan begitu bermakna kepada seluruh warga SK Kukuro.

“Murid-murid diberi pelbagai penerangan dan ilmu pengetahuan tentang pembangunan kemahiran seperti kesabaran, keterampilan berkomunikasi, kerjasama dan kreativiti serta semangat kesukarelawan.

“Oleh itu, besar harapan saya agar program seperti ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang,” ujarnya.

Sementara itu, pengarah program, Siti Shazlinah Aripin berkata, seramai 25 mahasiswa UMS dan lapan penuntut Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF) turut serta dalam Santunan Kasih.

“Masing-masing diberikan skop tugasan demi memastikan setiap aktiviti berjalan lancar.

“Dengan semangat kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak, saya yakin program ini telah mencapai matlamatnya dan memberi manfaat kepada semua yang terlibat,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok