Kanak-kanak lelaki ini berusaha dengan sendiri untuk mengabdikan kenangannya bersama hadiah yang dimenangi. Kredit foto: TikTok @acebadminton.
Kanak-kanak lelaki ini berusaha dengan sendiri untuk mengabdikan kenangannya bersama hadiah yang dimenangi. Kredit foto: TikTok @acebadminton.

Satu hari nanti, orang akan beratur minta bergambar - Warga maya

11 Jul 2024 05:30pm

Tular satu video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berada di tengah gelanggang badminton sambil menyusun hadiah berupa dua hamper dan sekeping sijil.

Difahamkan, dia baru sahaja memenangi pertandingan badminton di Ace Badminton Centre, Tawau, Sabah.

Apa yang menyedihkan, tiada sesiapa pun yang sudi merakam gambarnya bersama hadiah kemenangan, biarpun dia sudah cuba meminta pertolongan daripada mereka yang lalu-lalang.

Menyedari tiada yang mahu membantunya, kanak-kanak lelaki itu pun mengambil sendiri gambarnya dengan hadiah yang diraih.

Apa yang dilakukan benar-benar menyentuh hati warganet hingga mereka menitipkan kata-kata semangat dan motivasi untuk dia di ruangan komen Facebook.

“Kecil-kecil dah jiwanya kental. Besar kelak mudahan jadi orang yang berjaya, amin,” tulis Lenny Lawrence.

“Semoga dipermudahkan urusan selalu dik,” kata Intan Ai.

"Tahniah dik juara. Insya-ALLAH satu hari nanti kau akan berjaya dan masa itu orang akan beratur minta bergambar," kata Warda Pink.

Artikel Berkaitan:

“Anak ini kuat, moga dia lebih kuat bila dewasa dan berjaya,” tutur Ali Ahmad Mohd Ariff.

“Suatu hari kau akan terkenal dik. Bakal jadi pemain hebat,” menurut Nur Choki Choki.

“Kesiannya...," ujar Shakirah Mohd Basir.

“Juara dik...awak memang juara di hati kami. Tahniah semoga berjaya bila besar nanti,” beritahu Mohd Zamre Idris.

“Kamu memang hebat dik. Semoga terus bersinar suatu hari nanti,” catat Mohd Raziman Abd Rahman.

“Sebab mereka cemburu akan kejuaraan kau dik! Teruskan usaha, kau pasti boleh. Didoakan suatu hari nanti awak dapat mengharumkan nama negara,” kata Faridah Noordin.

“Orang hebat datang dari jalur berdikari yang tinggi,” tutur Anjung Farm Anjung.

“Congratulations. Truly champion boy. People's champion,” kata Haslan Baidullah.

“Dik sini Ummi tolong ambilkan gambar. Tahniah adik,” maklum Lyka Zainal Iyka Zainal.

“Sebab tu awak juara dik. Juara atas usaha diri sendiri ini lain rasanya adik. Pada usia sebegini, awak dah boleh kawal situasi tersebut. Aku yakin, kejayaan lebih besar menanti di luar sana,” jujur David Ng.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp