SK Kuala Perlis anjur Misi Sihat Yakult

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
18 Jun 2024 03:41pm
A
A
A

Sebagai usaha untuk memupuk dan menerapkan amalan gaya hidup sihat bermula daripada peringkat sekolah rendah, Misi Sihat Yakult 3.0 dan program WoW telah dilaksanakan baru-baru ini.

Program anjuran Unit Kokurikulum Kelab Doktor Muda, Pusat Sumber Sekolah (PSS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Perlis itu merupakan kolaborasi bersama Yakult Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis yang melibatkan murid-murid sekolah bermula Tahun Empat hingga Enam.

Guru Besar sekolah, Mazlan Abu Bakar berkata. Kedua-dua program yang berlangsung serentak ini memberi kesan positif dalam proses kemenjadian murid dalam aspek pendidikan terutamanya kesihatan.

“Objektif program ini tidak lain dan tidak bukan untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah tentang kepentingan mengamalkan aktiviti sihat dalam kehidupan seharian.

“Saya berharap agar lebih ramai lagi agensi luar yang sudi datang dan berkolaborasi bersama pihak sekolah supaya dapat menjayakan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat sebegini,” katanya.

Misi Sihat Yakult 3.0 dan WoW turut dimeriahkan dengan kehadiran Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Mohd Faizal Rosli dan PR & Science Senior Coordinator Public Relations & Science Department Yakult Malaysia, Raewadee Bon Rit.

Program berlangsung selama sehari itu dimulakan dengan aktiviti senamrobik diikuti dengan pengkongsian mengenai pemakanan sihat oleh pihak Yakult.

Program ini diteruskan lagi dengan aktiviti Fun Games yang dikendalikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok