Murid Tahap Dua tekun mendalami maksud sebenar surah Al-Insan, surah yang menjadi pilihan bagi #QuranHour tahun ini.
Murid Tahap Dua tekun mendalami maksud sebenar surah Al-Insan, surah yang menjadi pilihan bagi #QuranHour tahun ini.

SK Pasukan Polis Hutan turut serta meriahkan #QuranHour

AZLEENDA SAHALUDIN
14 Apr 2023 05:39pm
A
A
A

Kemeriahan program World #QuranHour yang bersiaran serentak secara langsung seluruh negara pada Khamis turut dirasai semua umat Islam walaupun tidak berada di lokasi perdana iaitu Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Kuala Lumpur.

Ini dapat dilihat di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasukan Polis Hutan, Perak, yang bersama-sama menganjurkan program itu di peringkat sekolah.

Turut bersama mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran, program tersebut yang diadakan dengan kerjasama pihak Panitia Pendidikan Islam sekolah yang melibatkan murid Tahap Dua telah bermula pukul 12 tengah hari hingga 1 petang.

Ustaz Quszaini
Ustaz Quszaini

Menurut guru Bahasa Arab, Ustaz Quszaini Abd Manan, semua guru dan pentadbir turut terlibat dalam menjaya acara itu.

Katanya, murid yang terlibat dilihat bersemangat kerana berpeluang membaca dan menghayati pengertian surah Al-Insan yang menjadi surah pilihan untuk World #QuranHour pada tahun ini.

“Sekolah telah membuka siaran langsung #QuranHour untuk ditonton bersama-sama di dewan sekolah dan menghayati maksud yang terkandung di dalam surah Al-Insan.

“Alhamdulillah, walaupun dijalankan pada peringkat sekolah tetapi program ini berjaya dan turut mendapat maklum balas positif daripada murid yang terlibat,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Murid Tahap Dua tekun mendalami maksud sebenar surah Al-Insan, surah yang menjadi pilihan bagi #QuranHour tahun ini.
Murid Tahap Dua tekun mendalami maksud sebenar surah Al-Insan, surah yang menjadi pilihan bagi #QuranHour tahun ini.

Jelas Ustaz Quszaini lagi, program sebegini dapat membantu mendidik masyarakat khususnya murid sekolah agar mereka lebih terdidik dengan akhlak mulia selari dengan ajaran al-Quran.

Dalam pada itu, murid Tahun Enam, Ahmad Qalif Quszaini memberitahu, program sebegini dapat membantu murid menghayati isi terkandung di dalam kitab suci selain mempelajari akhlak mulia Nabi Muhammad SAW.

“Saya seronok dan teruja kerana berpeluang menghadiri program ini selain dapat menimba ilmu baru tentang maksud yang terdapat di dalam surah Al-Insan.

“Saya juga berharap agar dapat terlibat sama dalam program ini pada tahun-tahun berikutnya,” ujarnya.

Sementara itu, World #QuranHour merupakan program tahunan anjuran Sinar Karangkraf dan tahun ini membawa tema Misi Surah Al-Insan: Memanusiakan Ummah.

Ia telah berjaya mencapai hampir 1.2 bilion tanda pagar (hashtag) di semua platform media sosial selain turut melibatkan 25 negara lain antaranya Thailand, Arab Saudi, Jepun dan Amerka Syarikat.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok