Latihan Kebakaran dan Kecemasan Peringkat Sekolah Siri 2 Tahun 2024 SK Rumbia berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak.
Latihan Kebakaran dan Kecemasan Peringkat Sekolah Siri 2 Tahun 2024 SK Rumbia berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak.

SK Rumbia siap sedia insiden kebakaran

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
20 May 2024 03:13pm
A
A
A

Bagi mengelakkan sebarang kemungkinan situasi kebakaran dan kecemasan terjadi, Sekolah Kebangsaan (SK) Rumbia, Alor Gajah, Melaka telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan Latihan Kebakaran dan Kecemasan Peringkat Sekolah Siri 2 Tahun 2024, Jumaat lalu.

Program yang berlangsung pada pukul 9.10 pagi hingga 10.45 pagi di padang sekolah membabitkan penyertaan seluruh warga SK Rumbia merangkumi guru-guru, staf dan kakitangan sekolah serta murid-murid.

Menurut Penyelaras Program Latihan Kebakaran dan Kecemasan Unit 3K, Cikgu Mohd Yusazli Md Yusof, objektif program adalah melatih warga sekolah agar mengutamakan keselamatan dengan mengambil tindakan yang betul dan tidak panik.

Selain itu, program bertujuan mendidik warga sekolah supaya menggunakan arah laluan kecemasan seperti yang telah dilatih sekiranya berlaku situasi kebakaran dan kecemasan serta mampu menggunakan alat pemadam api yang disediakan di sekolah.

No Image Caption

Seterusnya, latihan tersebut turut mewujudkan semangat kerja berpasukan dan tolong-menolong dalam kalangan mereka yang terlibat.

Kata Cikgu Mohd Yusazli, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Melaka dengan kekuatan seramai 10 anggota telah mengendalikan Latihan Kebakaran dan Kecemasan Peringkat Sekolah Siri 2 Tahun 2024 itu.

"Mereka diketuai Ketua Operasi, Ramli Yusof bersama dua unit jentera dan satu unit jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS).

Artikel Berkaitan:

"Turut hadir, Pegawai Bomba Pemerhati, Azlan Syafiq yang melaksanakan pemerhatian dan pemeriksaan di sekitar sekolah sebelum latihan kebakaran dan kecemasan dilakukan," katanya.

No Image Caption

Mengulas lanjut, Cikgu Mohd Yusazli berkata, beberapa aktiviti menarik telah diadakan sepanjang berlangsungnya latihan tersebut.

"Antaranya, gimik melibatkan operasi menyelamat dan mengesan 'dua mangsa' ke lokasi kebakaran yang telah dikenalpasti, taklimat dan demonstrasi memadam kebakaran (petrol dan diesel) serta amali yang melibatkan penglibatan guru dan warga sekolah.

Kemudian, warga sekolah diberi peluang meninjau dan merasai serta melihat sendiri peralatan dan jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat yang dibawa dengan lebih dekat," ujar beliau.

Seusai program, Guru Besar, Cikgu Haniza Mohd Hanif bersama Ramli telah menandatangi sijil sebagai simbolik kepada jalinan kerjasama antara kedua-duanya.

No Image Caption



No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok