Skuad bola sepak SMK Gadong, Beaufort, menjuarai pertandingan MSSD 2024 bagi kategori 18 tahun ke bawah di Beaufort.
Skuad bola sepak SMK Gadong, Beaufort, menjuarai pertandingan MSSD 2024 bagi kategori 18 tahun ke bawah di Beaufort.

Skuad bola sepak SMK Gadong terus mengganas?

ASYIKIN ASMIN
22 May 2024 07:30am
A
A
A

Skuad bola sepak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gadong, Beaufort terus mengekalkan kecemerlangan apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan pertandingan Bola Sepak Menengah Atas Seluruh Daerah (MSSD) 2024 bagi kategori 18 tahun ke bawah.

Perlawanan yang berlangsung selama dua hari iaitu 8 dan 9 Mei lalu itu, berjaya menewaskan sembilan sekolah dari daerah Beaufort yang turut beraksi dalam pertandingan tersebut.

Jurulatih pasukan, Saifulazizi Muhamad berkata, pencapaian yang membanggakan itu menyaksikan skuad bawah bimbingannya sekali lagi mengungguli kejuaraan sepanjang lapan tahun bermula sejak tahun 2017 sehingga 2024.

"Skuad yang terkenal dengan jolokan Angsa Ganas terus 'mengganas' untuk mengekalkan kedudukan mereka sebagai sebuah skuad yang cemerlang.

"Dalam tempoh lapan tahun ini, pasukan bola sepak SMK Gadong berjaya merangkul sembilan kejuaraan lain antaranya juara MSSD 15 Tahun Ke Bawah dari 2017 hingga 2019, pada tahun 2019 dinobatkan sebagai Juara MSSD 18 Tahun Ke Bawah 2019 dan pada tahun 2021 berjaya merangkul kejohanan dalam MSSD 15 dan 18 tahun ke bawah (atas talian).

"Selain itu, turut meraih kejayaan sebagai juara Peringkat Negeri Kreatif Peringkat Negeri Sabah 2021, juara MSSD 18 Tahun Ke Bawah 2022 dan juara MSSD 15 Tahun Ke Bawah pada tahun lalu," katanya.

Katanya lagi, sebelum pencapaian pada tahun 2017, pasukan itu turut meraih beberapa kejuaraan penting seperti Juara Futsal Milo Peringkat Negeri Sabah 16 Tahun Ke Bawah pada 2011 dan Juara Futsal 1M1S Peringkat Negeri Sabah pada 2014.

"Kejayaan berterusan pasukan Bola Sepak SMK Gadong mencerminkan komitmen dan usaha gigih pemain serta sokongan padu pihak pengurusan sekolah dalam melahirkan skuad berprestasi tinggi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok