Cikgu Din (kiri) ketika sesi lawatan ke SK Santan, baru-baru ini.
Cikgu Din (kiri) ketika sesi lawatan ke SK Santan, baru-baru ini.

Terkejut tengok SK Santan! 

ROSHLAWATY MD RAIEH
09 Feb 2024 03:59pm
A
A
A

“Melawat sekolah virat sat...”

Demikian catatan ringkas Cikgu Din di akaun Facebooknya, baru-baru ini apabila berkunjung ke Sekolah Kebangsaan (SK) Santan, Kangar, Perlis.

Susulan lawatan beliau ke sekolah tersebut, nama SK Santan terus menjadi bualan ramai apabila masing-masing terkejut melihat koleksi gambar yang diambil guru berkenaan.

Cikgu Din telah merakam persekitaran sekolah dan beberapa bilik yang telah dihias cantik dan luar biasa oleh guru-guru terlibat.

Bilik guru besar yang ohsem.
Bilik guru besar yang ohsem.

Antara yang sempat dirakam beliau adalah stor sukan, bilik guru besar, pantry bilik guru, bilik pemulihan, bilik seniman, bilik TS25, prasekolah dan pusat sumber.

Sinar Bestari memetik sebahagian komen warga maya mengenai kreativiti luar biasa guru-guru SK Santan dalam menghias sekolah mereka.

"Yang banyak buat ni nama dia Cikgu Syagul. Dia guru besar sana. Dalam masa yang sama dia memang gila. Dia rajin buat semua ni."

Artikel Berkaitan:

Bilik prasekolah
Bilik prasekolah

"Confirm semua cikgu pakat berhabis dari poket sendiri kan."

"Cantik dan kreatif sangat. Murid-murid pun mesti semangat nak ke sekolah."

"Patutlah ramai yang mai melawat, cantik."

Sejuk mata memandang melihat SK Santan.
Sejuk mata memandang melihat SK Santan.

"Guru Besar yang hebat, penuh dengan idea di luar kotak fikiran kita, tahniah Cikgu Syagul Ymy."

"Mantapp. Syabas guru besar dan cikgu SK Santan kerana menggunakan duit dengan betul."

"Terbaik dan menarik."

No Image Caption

"Sejak GB Syagul Ymy mula mentadbir Sk Santan, terus berubah 100 peratus. Mantap Cikgu."

"Cikgu ni salah bidang. Dia patut jadi interior designer."

"Macam sekolah private wooo."

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok