Anggota dari BBP Hutan Melintang memadam kebakaran melibatkan tiga bilik di SK Selekoh pada Selasa.
Anggota dari BBP Hutan Melintang memadam kebakaran melibatkan tiga bilik di SK Selekoh pada Selasa.

Tiga bilik SK Selekoh musnah terbakar

SAIFULLAH AHMADSAIFULLAH AHMAD
11 Feb 2026 10:06am

Tiga bilik di Sekolah Kebangsaan (SK) Selekoh, Perak musnah dalam kebakaran yang berlaku petang Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.57 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, jentera tiba pada jam 4.11 petang dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah blok bangunan kelas jenis Kelas B berkeluasan 90x20 kaki yang menempatkan tiga bilik.

"Kebakaran menyebabkan bilik kelas Pendidikan Seni Visual musnah kira-kira 50 peratus, bilik kelas Reka Bentuk dan Teknologi terbakar 30 peratus manakala stor peralatan sukan musnah sehingga 90 peratus.

No Image Caption

"Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sabarodzi berkata, operasi pemadaman dilakukan dengan kekuatan lima anggota menggunakan sebuah jentera FRT.

Katanya, pasukan bomba melaksanakan kerja pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 400 kaki dengan dua pancutan air daripada tangki jentera sehingga kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 5.03 petang dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.46 petang.

 

 

Ringkasan AI

  • Tiga bilik di Sekolah Kebangsaan Selekoh musnah dalam kebakaran petang Selasa
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak menerima panggilan kecemasan pada jam 3.57 petang
  • Kebakaran melibatkan blok bangunan kelas berkeluasan 90x20 kaki
  • Kebakaran menyebabkan kerusakan pada bilik kelas Pendidikan Seni Visual, Reka Bentuk dan Teknologi, dan stor peralatan sukan
  • Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp