Hamidah (kanan) menanti kedatangan murid-murid bersama para pendidik SKSA pada sesi persekolahan baharu.
Hamidah (kanan) menanti kedatangan murid-murid bersama para pendidik SKSA pada sesi persekolahan baharu.

Warga pendidik SKSA sarung seragam sekolah sambut murid-murid

NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
20 Mar 2023 09:02pm
A
A
A

Warga pendidik Sekolah Kebangsaan Shah Alam (SKSA), Seksyen 16, Shah Alam, Selangor mempunyai pendekatan tersendiri dalam menyambut murid-murid sesi persekolahan baharu.

Guru Besar SKSA, Hamidah Shamsudin berkata, guru-guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah memadankan pakaian seragam sekolah untuk meraikan kebersamaan bersama anak-anak yang melangkah alam persekolahan baharu.

Seorang guru yang memadankan pakaian seragam pengawas ketika berada di dalam kelas.
Seorang guru yang memadankan pakaian seragam pengawas ketika berada di dalam kelas.

"Kali ini, kita menggunakan tema baju uniform sekolah untuk memulakan sesi persekolahan baharu.

"Pendekatan berkenaan dilaksanakan sejajar hasrat Kementerian Pendidikan (KPM) dalam memastikan tiada kelas akademik diadakan pada minggu pertama sesi persekolahan 2023/2024.

Warga SKSA memadankan pakaian seragam sekolah pada sesi persekolahan baharu.
Warga SKSA memadankan pakaian seragam sekolah pada sesi persekolahan baharu.

Artikel Berkaitan:

"Ia akan diisi dengan penerapan nilai-nilai jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek agar para murid dapat menyesuaikan diri dalam suasana sesi persekolahan baharu ini," katanya.

Selain itu, Hamidah menambah, murid-murid yang hadir awal turut menerima hadiah sumbangan daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling serta sumbangan Coopbank Pertama Shah Alam, Selangor.

Seramai 820 murid dicatatkan pada sesi persekolahan baharu ini.
Seramai 820 murid dicatatkan pada sesi persekolahan baharu ini.

Tuturnya, sumbangan berkenaan adalah untuk memberi semangat kepada para murid kembali ke sekolah selepas cuti sekolah baru-baru ini.

"Kita mencatatkan kehadiran seramai 820 murid pada sesi persekolahan baharu ini.

"Daripada jumlah tersebut, 135 merupakan murid Tahun Satu yang akan menjalani alam persekolahan," ujarnya.

Hamidah berharap warga pendidik sekolah berkenaan akan menggalas tugas dengan baik sepanjang sesi persekolahan untuk memastikan kemenjadian murid.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok