Progam julung kali berkenaan merupakan anjuran MTI bertujuan memperkenalkan kepentingan ilmu qiraat kepada maahad tahfiz di Malaysia khususnya di Selangor.
Progam julung kali berkenaan merupakan anjuran MTI bertujuan memperkenalkan kepentingan ilmu qiraat kepada maahad tahfiz di Malaysia khususnya di Selangor.

450 peserta sertai seminar al-Quran, al-Qiraat peringkat kebangsaan 2023

NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
26 May 2023 06:16pm
A
A
A

Seramai 450 peserta mengimarahkan program seminar al-Quran dan al-Qiraat peringkat kebangsaan di Dewan Berlian, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Puncak Alam, Selangor baru-baru ini.

Progam julung kali berkenaan merupakan anjuran Maahad Tahfiz Ismail (MTI) bertujuan memperkenalkan kepentingan ilmu qiraat kepada maahad tahfiz di Malaysia khususnya di Selangor.

Pengetuanya, Syeikhul Maqari’ Ustaz Dr Othman Hamzah berkata, penganjuran program berkenaan adalah untuk merealisasikan hasrat Dasar Tahfiz negeri Selangor yang ingin menerapkan subjek Qiraat di seluruh Maahad Tahfiz negeri terbabit.

Beliau memberitahu, ia juga untuk memperkenalkan kaedah-kaedah Qiraat seperti qiraat Qalun dan Warasy kepada guru-guru al-Quran.

"Selain itu, program ini juga menyediakan perkhidmatan konsultasi kepada guru-guru dalam bidang al-Quran dan Qiraat.

"Para peserta terdiri daripada pelajar-pelajar MTI dan wakil-wakil pelajar dari Maahad Tahfiz negeri dari seluruh negara," katanya yang merupakan Ahli Jawatankuasa Literasi al Quran peringkat negeri Selangor dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

Progam julung kali berkenaan merupakan anjuran MTI bertujuan memperkenalkan kepentingan ilmu qiraat kepada maahad tahfiz di Malaysia khususnya di Selangor.
Progam julung kali berkenaan merupakan anjuran MTI bertujuan memperkenalkan kepentingan ilmu qiraat kepada maahad tahfiz di Malaysia khususnya di Selangor.

Program berkenaan dirasmikan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang merupakan kerjasama antara MTI, Persatuan Tahfiz Selangor (PITAS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Artikel Berkaitan:

Beberapa inisiatif program termasuk pembentangan kertas kerja seminar oleh panel pembentang yang mahir dalam ilmu Qiraat antaranya termasuk Pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Qiraat, Darul Quran, Al-Fadhil Syeikh Hossam Hasan Mohamed Elmihy; Pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Qiraat, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Wan Muhammad Hafizuddin Wan Abd Halim serta Syeikhul Maqari’ Ustaz Dr Othman.

MTI merupakan sebuah institusi pendidikan agama yang ditubuhkan pada 16 Januari 2016 oleh Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad, Tan Sri Rozali Ismail, yang memberi tumpuan kepada pendidikan tahfiz al-Quran.

Ia menawarkan program-program yang bertujuan untuk menghasilkan para hafiz dan hafizah yang mempunyai kefasihan dalam membaca, memahami dan mengamalkan al-Quran.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok