Akibat kaki tersepit penutup longkang. 'Dia hanya cedera ringan' - Ketua Balai Bomba
Pelajar Tingkatan Dua dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Kepayang, Seremban, Negeri Sembilan berdepan ujian kecil apabila kakinya tersepit di celah besi penghadang longkang pada Selasa.
Menurut Ketua Balai Bomba Seremban 2, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Ahmad Khomeini Kamarudzaman, pihaknya menerima maklumat kejadian pada pukul 2.27 petang dan sampai ke lokasi 11 minit kemudian.
"Setibanya di sekolah terbabit, kami mendapati kaki pelajar berusia 14 tahun tersepit pada besi penghadang longkang sekolah.
"Pasukan bomba bertindak menggunakan peralatan khas ‘hydrolik spader’ untuk membuat regangan pada besi tersebut sebelum mengeluarkan kaki mangsa.
"Dua minit kemudian, kakinya berjaya dikeluarkan dan dia hanya cedera ringan serta diserahkan kepada pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya,” ujar Ahmad Khomeini.