'Alhamdulillah, semoga ALLAH murahkan rezeki cikgu semua' - Warga maya
Rezeki calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024!
Itulah yang boleh dikatakan oleh penulis sejurus melihat hantaran di Facebook SMK Pendang, Kedah Darul Aman pada Isnin.
Dalam media sosial tersebut, kelihatan beberapa guru mengagihkan makanan dan minuman kepada pelajar Tingkatan Lima sebelum mereka menduduki peperiksaan bagi subjek Bahasa Inggeris Kertas 1, Bahasa Inggeris Kertas 2 dan Tasawwur Islam.
"Pihak pengurusan sekolah menyediakan sarapan pagi kepada semua calon SPM 2024 SMK Pendang setiap hari peperiksaan.
"Inisiatif ini untuk memastikan calon-calon SPM bersarapan terlebih dahulu sebelum memasuki dewan peperiksaan," catat Facebook sekolah.
Pemberian makanan dan minuman kepada pelajar SMK Pendang telah menarik perhatian warga maya di media sosial itu.
Masing-masing memberi komen positif terhadap inisiatif yang dilakukan pihak sekolah.
"Alhamdulillah, terima kasih pihak pengurusan. Semoga dimurahkan rezeki. Tiga puluh tujuh tahun sudah berlalu SMK Pendang tetap dihati," tulis Normala Mdlazim.
"Terbaik SMK Pendang, the best pengetua dan guru guru serta semua yang terlibat. Salute," ujar Andy Yeap Han Woi.
"Terbaik usaha pihak sekolah," maklum Muhammad Fazli. Abu Bakar.
"Alhamdulillah, semoga bertambah rezeki kepada pemberi dan pengurusan sekolah. Didoakan semua calon SPM memperoleh keputusan cemerlang, insya-ALLAH," kata Siti Azlizawati.
"Bagusnya. Moga anak-anak ini berjaya menjawab peperiksan," tulis Ada Wiyah.