Theodora memperoleh markah setara dengan finalis tempat kelima sekali gus membuktikan kemampuan pelajar Malaysia untuk bersaing hebat dengan wakil negara lain di peringkat global.
Theodora memperoleh markah setara dengan finalis tempat kelima sekali gus membuktikan kemampuan pelajar Malaysia untuk bersaing hebat dengan wakil negara lain di peringkat global.

Anak Malaysia tersenarai lima terbaik dunia dalam HIPPO English Olympiad Antarabangsa 2025

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
10 Oct 2025 02:12pm

Pelajar cemerlang dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbau, Miri, Sarawak, Theodora Pei Ern Huei, berjaya menempatkan diri dalam lima teratas dunia bagi kategori HIPPO 4 dalam HIPPO English Olympiad Antarabangsa 2025 di Assisi, Itali.

Dalam saingan itu, Theodora memperoleh markah setara dengan finalis tempat kelima sekali gus membuktikan kemampuan pelajar Malaysia untuk bersaing hebat dengan wakil negara lain di peringkat global.

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi SMK Merbau, kejayaan tersebut merupakan hasil usaha gigih, disiplin tinggi dan semangat luar biasa yang ditunjukkan oleh Theodora dalam menguasai bahasa Inggeris.

"Perjalanan Theodora menjadi inspirasi kepada semua pelajar muda di Malaysia untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan.

No Image Caption

"Teruslah mengharumkan nama sekolah dan negara di peringkat dunia," demikian menurut hantaran sekolah pada Jumaat.

Untuk makluman, HIPPO English Olympiad Antarabangsa merupakan pertandingan bahasa Inggeris tahunan anjuran Global Hippo Association, Itali yang bertujuan menggalakkan pembelajaran bahasa Inggeris secara menyeluruh di seluruh dunia.

Artikel Berkaitan:

Pertandingan ini memberi peluang kepada pelajar mempamerkan keupayaan mereka dalam empat peringkat berbeza termasuk pusingan kelayakan dan peringkat akhir dunia di Itali, dengan penilaian berdasarkan piawaian Common European Framework of Reference for Languages (CEFR).

No Image Caption

No Image Caption

 

 

Ringkasan AI

  • Theodora Pei Ern Huei dari SMK Merbau, Miri, Sarawak berjaya menempatkan diri dalam lima teratas dunia bagi kategori HIPPO 4 di HIPPO English Olympiad Antarabangsa 2025 di Assisi, Itali
  • Theodora memperoleh markah setara dengan finalis tempat kelima
  • Kejayaan Theodora merupakan hasil usaha gigih, disiplin tinggi dan semangat luar biasa dalam menguasai bahasa Inggeris
  • Perjalanan Theodora menjadi inspirasi kepada pelajar muda di Malaysia untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan
  • HIPPO English Olympiad Antarabangsa adalah pertandingan bahasa Inggeris tahunan yang bertujuan menggalakkan pembelajaran bahasa Inggeris secara menyeluruh di seluruh dunia
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp