Pelajar menunjukkan hasil roket air masing-masing di padang sekolah.
Pelajar menunjukkan hasil roket air masing-masing di padang sekolah.

Bersaing cipta roket air

Inovasi STEM terserlah, Bengkel Inovasi Roket Air 2025 cungkil bakat peserta

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
14 May 2025 01:22pm

Bengkel Inovasi Roket Air Peringkat Negeri Selangor Tahun 2025 berjaya dianjurkan dengan menampilkan penyertaan cemerlang daripada pelbagai sekolah rendah dan menengah seluruh negeri.

Setiap pelajar berpeluang menyerlahkan bakat dan keupayaan masing-masing dalam mengaplikasikan kemahiran subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Menerusi kenyataan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, bengkel itu dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jelutong yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 16 dan 17 April lalu.

Pelajar dan guru pengiring tekun membuat roket air dalam Bengkel Inovasi Roket Air 2025 peringkat Selangor.
Pelajar dan guru pengiring tekun membuat roket air dalam Bengkel Inovasi Roket Air 2025 peringkat Selangor.

“Pada hari pertama, muridmurid diajar berkaitan pembinaan roket air. Para guru pembimbing turut serta dalam sesi pembinaan roket air itu.

“Pada hari kedua pula, peserta menyertai pertandingan roket air hasil daripada pembinaan roket itu. Penilaian dibuat mengikut pemarkahan Pertandingan Roket Air Peringkat Negeri,” katanya.

Lebih mengujakan apabila pertandingan ditawarkan dalam program berkenaan membuktikan pelajar boleh mengaplikasikan penggunaan teknologi Information and Communication Technologies (ICT).

Secara tidak langsung, mereka boleh melaksanakan tugasan projek STEM di sekolah mahupun kediaman masing-masing.

Artikel Berkaitan:

Secara keseluruhannya, kategori sekolah rendah dimenangi SK Sungai Buaya, Kuala Langat, manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Burong, Kuala Selangor menempa nama bagi kategori sekolah menengah.

No Image Caption

Bengkel berkenaan dikendalikan oleh Pegawai Teknikal Negeri Selangor yang diketuai oleh Kamal Khairi Mohd Ariffin dari SMK Dato' Mustaffa.

Turut dibantu oleh guru SMK Seri Bedena, Norazman Hassan; Sekolah Agama Menengah (SAM) Bandar Baru Salak Tinggi, Salasiah Mohamad; SK Alam Megah Dua, Ahmad Kamal; SK Bukit Jelutong, Hairul Anwar Mohd Idris dan SK Desa Amanpuri, Mohd Radzi Mohd Roslan.



KEPUTUSAN PERTANDINGAN ROKET AIR

KATEGORI SEKOLAH RENDAH

1. SK Sungai Buaya, Kuala Langat

2. SK Dato' Abu Bakar Baginda, Sepang

3. SJKC Aik Thee, Kuala Selangor

4. SK Sungai Serdang, Klang

5. SK Lembah Beringin, Hulu Selangor

KATEGORI SEKOLAH MENENGAH

1. SMK Sungai Burong, Kuala Selangor

2. SMK Bukit Sentosa, Hulu Selangor

3. SMK Seri Bedena, Sabak Bernam

4. SMK Rantau Panjang, Klang

5. SMK Seksyen 10, Kota Damansara

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp