Fadhlina memeluk anakanda kesayangan Maryam Fadhilah yang telah selesai khatam 30 juzuk al-Quran.
Fadhlina memeluk anakanda kesayangan Maryam Fadhilah yang telah selesai khatam 30 juzuk al-Quran.

Fadhlina titip syukur anak ketiga khatam 30 juzuk al-Quran

AZLEENDA SAHALUDIN
03 Jan 2024 04:35pm
A
A
A

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menitip kesyukuran dan terharu dengan kejayaan anak ketiga beliau, Maryam Fadhilah yang berjaya menamatkan hafalan 30 juzuk al-Quran.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Putrajaya yang mengikuti aliran Tahfiz Model Ulul Albab itu, menyelesaikan khatam syahadah di Surau Darul Ulum sekolah tersebut.

Maryam Fadhilah (kiri) khatam 30 juzuk al-Quran pada ulang tahun kelahirannya.
Maryam Fadhilah (kiri) khatam 30 juzuk al-Quran pada ulang tahun kelahirannya.

Meskipun sibuk dengan tugas dan tanggungjawab, Fadhlina sempat meluangkan masa untuk hadir bersama suami, Mohd Fadzli Arsad bagi meraikan kejayaan Maryam.

“Masya-ALLAH, Tabarakallah. Syahdu sunggu oemma pagi ini. Anakanda yang dilahirkan pada 1 Muharram dan tinggi iltizam untuk menyelesaikan hafazan 30 juzuk pada tarikh kelahirannya.

“Alhamdulillah, ALLAH permudahkan. Selesai sudah Majlis Khatam 30 juzuk anakanda Maryam Fadhilah. Allahuma Bariklaha!” kongsi Fadhlina di laman Facebooknya.

Fadhlina memeluk anakanda kesayangan Maryam Fadhilah yang telah selesai khatam 30 juzuk al-Quran.
Fadhlina memeluk anakanda kesayangan Maryam Fadhilah yang telah selesai khatam 30 juzuk al-Quran.

Bonda kepada enam cahaya mata itu turut menitip penghargaan buat tenaga pengajar dan keluarga di samping mendoakan.

Artikel Berkaitan:

“Terima kasih kepada semua asatizah dan rakan-rakan Maryam yang telah memungkinkan dia selesai menamatkan 30 juzuk.

“Juga doa serta sokongan keluarga di sepanjang tempoh Maryam menghafaz. Haza min fadhli rabbi.

“Allahuma faqihha fid deen, wa ‘allimha fit tafseer. Berat amanah sebagai Hamalatul Quran ini dan oemma doakan urusan Maryam sentiasa dipandu pedoman al-Quran,” ujarnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok