Laetitia (tengah dan kanan) bersama Sydney (kiri) ketika menghadiri konvensyen global di Taipei, Taiwan.
Laetitia (tengah dan kanan) bersama Sydney (kiri) ketika menghadiri konvensyen global di Taipei, Taiwan.

Laetitia wakil Malaysia ke Taipei. ‘Dia telah banggakan nama KV Keningau’ - Pengarah kolej

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
20 Nov 2024 03:12pm

Menjadi satu kebanggaan buat institusi pendidikan apabila para pelajarnya terpilih menyertai persidangan atau konvensyen peringkat global.

Ini kerana, penyertaan mereka (pelajar) dalam program berkenaan mencerminkan usaha gigih dan keberkesanan pendidikan yang telah diterapkan.

Kolej Vokasional (KV) Keningau, Sabah misalnya, berkongsi kegembiraan dengan komuniti apabila pelajar mereka, Laetitia Anwen Ng, 20, dipilih Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mewakili negara ke APEC Forum on Women and Youth Empowerment, Taipei, Taiwan baru-baru ini.

Laetitia bersama pensyarahnya, Sydney Engelbert telah ke Taiwan bagi menghadiri konvensyen global yang berobjektif memperkasakan peranan wanita dan belia dalam memacu inovasi dan perubahan yang memberi impak positif kepada keusahawanan, pendidikan, pembangunan kemahiran dengan menggabungkan teknologi terkini dan amalan kelestarian.

No Image Caption

Dia dipilih atas pelbagai sumbangan dalam kesukarelawanan meluahkan rasa gembira kerana berpeluang mengambil bahagian dalam forum peringkat global itu.

"Program ini memberi motivasi kepada saya untuk terus membantu komuniti melalui penglibatan sivik dan aktiviti kesukarelawanan," ujarnya yang mengikuti program Kosmetologi.

Untuk info, sumbangan kesukarelawanan Laetitia terdiri daripada menghulurkan bantuan kepada pesakit kanser dan keluarga berpendapatan rendah, menganjurkan kem kepimpinan, pengumpulan dana dan aktif dalam program pengantarabangsaan.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Sementara itu, Pengarah KV Keningau, Nordin Akup memberi pujian kepada Laetitia dan Sydney atas usaha mereka yang membanggakan sehingga layak menghadiri konvensyen global dengan tajaan penuh pihak penganjur.

"Pengalaman ini pastinya telah memperkayakan lagi kemahiran mereka dalam menggabungkan elemen keusahawanan dan pembangunan lestari,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp