Ahli Pengakap Laut SMK Seri Bayu dan ahli Pengakap Kelana.
Ahli Pengakap Laut SMK Seri Bayu dan ahli Pengakap Kelana.

Latihan berkayak didik pengakap tentang keselamatan air

10 Jun 2024 03:09pm
A
A
A

Seramai 27 peserta terdiri daripada ahli Pengakap Laut Sekolah Menengah Kebangasaan (SMK) Seri Bayu dan ahli Pengakap Kelana daerah Georgetown Selatan, Pulau Pinang telah mengikuti Klinik Asas Kayak Pengakap Laut Negeri Pulau Pinang di Pusat latihan Sukan Air, Teluk Kumbar baru-baru ini.

Aktiviti bertujuan berkongsi ilmu asas pengendalian kayak dan keselamatan air kepada ahli Pengakap Muda Pulau Pinang.

Koordinator Pengakap Laut Pulau Pinang, Cikgu Muhammad Shaqree Zakaria menyatakan penghargaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang kerana memberi kebenaran khas untuk ahli pengakap menimba ilmu berkayak dan keselamatan air.

“Ilmu Keselamatan air sangat penting untuk mendedahkan kepada pelajar memastikan isu pelajar lemas atau perkara yang tidak diingini berlaku,” kata beliau.

Empat guru bertugas, dua jurulatih dari Pusat Kokurikulum, Negeri Pulau Pinang, 10 ahli penyelamat Butterworth Live Saving Society dan Pasukan Bomba Sukarela Machang Bubuk turut hadir menjayakan program tersebut.

Proses latihan dimulai dengan memperkenalkan peralatan aktiviti kayak kepada peserta dan penerangan tentang asas pengendalian kayak dan keselamatan air.

Aktiviti
Aktiviti "water confident" untuk membiasakan peserta bergerak dalam badan air.

Selepas peserta dipasangkan secara berdua berdasarkan sistem Buddy, mereka menjalani aktiviti 'water confident' supaya menjadi selesa bergerak di dalam air.

Kemudian, jurulatih memberikan beberapa ilmu berkayak iaitu cara bergerak ke hadapan, ke belakang dan cara memberhentikan kayak.

Peserta berkayuh dari kawasan pantai ke pelampung boya.
Peserta berkayuh dari kawasan pantai ke pelampung boya.

Akhir sekali, ujian dilakukan dengan peserta berkayak dari tepi pantai sehingga ke sebuah boya dan kayuh kembali ke pinggir laut.

Peserta di kawasan perairan di bawah pemantauan bomba dan pasukan penyelamat.
Peserta di kawasan perairan di bawah pemantauan bomba dan pasukan penyelamat.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok