Tangkap layar video memaparkan Hamilton (berbaju putih) sedang berbual bersama beberapa pelajar dan guru di SMKSM, pada Jumaat.
Tangkap layar video memaparkan Hamilton (berbaju putih) sedang berbual bersama beberapa pelajar dan guru di SMKSM, pada Jumaat.

Lewis Hamilton datang SMK Seri Keramat?

15 Mar 2024 04:43pm
A
A
A

Orang ramai terkejut dan teruja apabila melihat kehadiran pelumba sensasi Formula Satu (F1), Lewis Hamilton di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat (SMKSK) Kuala Lumpur, Jumaat.

Kehadiran juara dunia tujuh kali Formula 1 itu difahamkan adalah bagi memenuhi jemputan bagi program di bawah Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMKSK Jalinan Petronas Petrosains.

Menurut ciapan oleh Fazreen Idham, satu video turut dimuat naik memaparkan pemandu Britain berusia 39 tahun itu sedang berbual dengan beberapa orang pelajar.

Sehingga kini ciapannya mendapat lebih 2,400 perkongsian dan 5,400 tanda suka.

Tinjauan di ruangan komen, bukan sahaja warga SMKSK teruja, malah orang ramai terkejut dengan kehadiran Hamilton kerana perlumbaan F1 di Litar Antarabangsa Bahrain baru sahaja bermula 3 Mac lalu.

“Ini program program tanggungjawab sosial korporat (CSR) lah ni. ‘Sporting’ jugak Lewis Hamilton dan Team F1 Mercedes setuju sertai program macam ni. Bagus bagus,” kata Afiq Hazimi.

“Ini mungkin kali terakhir Hamilton muncul secara ‘random’ (rawak) di Malaysia sebelum dia sertai team Ferrari tahun depan,” ujar Afiq Hazimi.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, juara dunia tersebut selepas ini akan ke KLCC bagi acara yang dijadualkan seterusnya.

Hamilton dilapor bakal meninggalkan Mercedes sebaik kontraknya berakhir hujung musim ini untuk menyertai Ferrari pada musim 2025.

Hamilton memutuskan untuk meninggalkan Mercedes dengan alasan untuk mencari cabaran baharu sekali gus mampu membantunya memburu gelaran dunia kelapan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok