SASM 2023 bagi MBPK akan dikeluarkan 11 Mac 2024 dan boleh diperoleh dari sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi.
SASM 2023 bagi MBPK akan dikeluarkan 11 Mac 2024 dan boleh diperoleh dari sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi.

Sijil Alternatif Sekolah Menengah dikeluarkan 11 Mac

ROSHLAWATY MD RAIEH
04 Mar 2024 11:28am
A
A
A

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) tahun 2023 bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) selesai dilaksanakan 19 Januari lalu.

Menerusinya, seramai 3,210 MBPK dari 725 buah sekolah seluruh negara berjaya menamatkan persekolahan sesi akademik 2023/2024 sekali gus layak menerima Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM).

Justeru, SASM 2023 bagi MBPK akan dikeluarkan 11 Mac 2024 dan boleh diperoleh dari sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi.

"KPM sentiasa komited untuk terus memastikan ekuiti dan kesamarataan pendidikan terjamin untuk semua murid seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

"SASM adalah cerminan agenda pendidikan manusiawi KPM yang memastikan akses pendidikan yang terbaik untuk semua murid dan tiada siapa yang terpinggir," maklum KPM.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok