Cikgu Siti memberi penerangan tentang menu makan yang dijual di kantin SMK Saujana Utama.
Cikgu Siti memberi penerangan tentang menu makan yang dijual di kantin SMK Saujana Utama.

Menu kantin SMK Saujana Utama bak hidangan restoran lima bintang

IZWAN ROZLINIZWAN ROZLIN
31 Jul 2024 01:54pm

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor mendapat pujian netizen selepas video tentang kantin sekolah berkenaan tular baru-baru ini.

Video berdurasi 1 minit 56 saat yang tular itu memaparkan menu makanan di sekolah berkenaan yang disediakan dengan persembahan yang menarik ala bufet seperti yang dihidangkan di restoran lima bintang.

Video berkenaan dihasilkan oleh seorang guru sekolah berkenaan yang dikenali sebagai Cikgu Siti yang menceritakan tentang jenis serta harga setiap makanan yang dijual di kantin berkenaan.

Menurut Cikgu Siti, harga makanan di kantin berkenaan berpatutan dan menyelerakan untuk pelajar menikmatinya pada waktu rehat.

Terdapat empat stesen makanan yang menjual pelbagai makanan mengikut selera dan citarasa pelajar serta guru sekolah berkenaan.

“Antaranya nasi putih bersama spicy chicken Korea dijual pada RM5,mushroom sup dan kebab ayam (RM4); creamy macarony pesto (RM4) dan mi hun tomyam pula hanya RM3,” katanya.

Selain itu bagi pelajar yang gemar masakan Melayu, turut dijual nasi berlauk ayam goreng mamak berulam dengan sambal belacan yang dijual RM4 sahaja.

Video berkenaan yang dimuat naik pada 23 Julai lalu sehingga kini meraih 806,000 tontonan, 2,100 komen dengan 8,200 tanda suka.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp