Cikgu Siti Maslinda (tengah) bersama sebahagian ahli pasukan inovasi SEPUNCAK yang meraih pelbagai anugerah menerusi Nemoralin Medkit.
Cikgu Siti Maslinda (tengah) bersama sebahagian ahli pasukan inovasi SEPUNCAK yang meraih pelbagai anugerah menerusi Nemoralin Medkit.

Nemoralin Medkit raih pelbagai anugerah

ROSHLAWATY MD RAIEH
12 Mar 2024 12:45pm
A
A
A

Produk Nemoralin Medkit yang dibangunkan kumpulan inovasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puncak Alam (SEPUNCAK), Kuala Selangor, Selangor mengharumkan nama sekolah apabila meraih pelbagai anugerah dan pencapaian dalam pertandingan 2023.

Setakat ini, inovasi Nemoralin Medkit SEPUNCAK memenangi pingat emas di Arau International Creativity Expo (ACE 2023); pingat emas pada International Chemical Competition (ICC 2023); pingat emas dan anugerah khas dalam Microbes Invention Innovation & Ideation Challenge (MINIC) 2023; Johan Pertandingan Young Innovator Fair dan banyak lagi.

Salah seorang guru inovasi SEPUNCAK, Cikgu Siti Maslinda Syed Musa melahirkan rasa syukur atas kejayaan produk Nemoralin Medkit itu.

“Saya saksi kesungguhan pasukan pelajar dalam menghasilkan inovasi berkenaan.

“Usaha keras dan tidak pernah kenal putus asa adalah bukti kepada kejayaan mereka. Tahniah semua. Saya berharap, tahun ini kita akan mencipta lebih banyak kejayaan hebat menerusi Nemoralin Medkit,” ujarnya selaku Penolong Kanan Petang.

Pasukan inovasi SEPUNCAK terdiri daripada tujuh pelajar yang kreatif, berani dan yakin pada diri.

Mereka ialah Nurbatrisyia Balqis Mohd Sani, Nur Adelyna Atheera Khairil Fahmi, Nur Arisa Irdina Mohd Sihar, Nurul Auni Thaqifah Nor Aznizam, Farish Aiman Firdaus, Nurul Syafiah Shaharuddin dan Muhammad Imad Helmy @ Helmy Nurhafiz.

Sementara itu, Pengetua SEPUNCAK, Cikgu Patmah Mohd Ariff melahirkan harapan agar para guru di sekolah itu membangunkan pelbagai inovasi supaya kemenjadian pelajar dapat berlaku secara holistik.

Artikel Berkaitan:

Nemoralin Medkit merupakan peti pertolongan cemas penjagaan herba yang digunakan sebagai kit poket untuk situasi kecemasan seperti kecederaan ringan dan penjagaan kebersihan diri.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok