No Image Caption

Pelajar cemerlang Sabah kongsi 'petua' hadapi SRU, SMU

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
11 Feb 2024 09:39am

Tanggungjawab sebagai anak sulung membantu ibu melakukan tugasan harian di rumah tidak menghalang murid dari Sekolah Agama Negeri (SAN) Tudan Baru Keningau, Sabah dinobatkan pelajar cemerlang Sijil Rendah Ugama (SRU) 2023.

Ifti Liyana Ronnie, 13, juga dipilih sebagai penerima anugerah khas pelajar terbaik SRU di Sabah untuk sesi 2023.

Ifti Liyana bersama ibunya, Lijiana selepas menerima anugerah pelajar cemerlang sempena pengumuman keputusan peperiksaan SRU dan Sekolah Menengah Ugama (SMU) di Kota Kinabalu.
Ifti Liyana bersama ibunya, Lijiana selepas menerima anugerah pelajar cemerlang sempena pengumuman keputusan peperiksaan SRU dan Sekolah Menengah Ugama (SMU) di Kota Kinabalu.

Menurut Ifti Liyana, dia mengambil pendekatan untuk tidak mensia-siakan masa yang terluang dengan membuat ulang kaji pelajaran walaupun perlu membantu ibunya untuk menjaga adik-adiknya.

"Saya akan mengisi masa lapang dengan mengulang kaji pelajaran. Biasanya saya akan mengambil waktu sebelah malam untuk mengulang kaji pelajaran sekitar jam 6 petang hingga 8 malam.

"Biasanya saya belajar sendiri dan dalam masa sama turut membantu mengajar empat adiknya yang masih kecil," katanya ketika ditemui sempena pengumuman keputusan peperiksaan SRU dan Sekolah Menengah Ugama (SMU) di Kota Kinabalu, pada Khamis.

Sementara itu, ibunya pula, Lijiana Mahmud, 36, bersyukur kerana anaknya dianugerahkan otak yang cerdas sejak dari kecil lagi.

"Malah guru di sekolah pun mengatakan kebijakkan Ifti Liyana seolah-olah dia 'telan buku'. Tapi saya memang menyedari sejak tadika dia menunjukkan kecemerlangannya dalam pendidikan.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun, saya tidak juga mahu memberi tekanan kepadanya dengan memberi jadual untuk belajar kerana jadual persekolahan sudah terlalu padat," katanya yang hanya sebagai suri rumah.

 Nur Hanisah bersama kedua ibu bapanya selepas menerima anugerah pelajar cemerlang sempena pengumuman keputusan peperiksaan SRU dan Sekolah Menengah Ugama (SMU) di Kota Kinabalu.
Nur Hanisah bersama kedua ibu bapanya selepas menerima anugerah pelajar cemerlang sempena pengumuman keputusan peperiksaan SRU dan Sekolah Menengah Ugama (SMU) di Kota Kinabalu.

Seorang lagi pelajar cemerlang, Nur Hanisah Safiyyah Aziz, 13, turut berkongsi tunjang kepada kecemerlanga yang diperolehnya adalah dengan menjaga hubungan dengan ALLAH, ibu bapa dan guru.

"Saya sentiasa amalkan adab apabila dengan ibu bapa dan meminta restu daripada guru semasa belajar. Selain itu, saya sentiasa menjaga solat sebagai menjaga hubungan dengan ALLAH.

"Ketika peperiksaan, saya tidak terlalu memberi tekanan pada diri tetapi lebih kepada santai jika ada masa terluang saya akan gunakan sebaik-baiknya untuk belajar," katanya yang bersekolah di SAN Kampung Tabanak, Lahad Datu.

Sementara itu, Rosnahwati Tipu, 42, sebagai seorang guru dan ibu kepada Nur Hanisah, dia akan sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk anaknya itu.

"Ini termasuk saya akan belajar terlebih dahulu setiap tajuk dalam subjek anak, kemudian barulah saya mengajar anak saya pula.

"Saya memang kurang menggunakan gajet sebagai alat membantu mengajar tetapi saya akan menggunakan sepenuhnya kemahiran yang ada untuk memberi pemahaman untuk anak mengulang kaji pelajaran," katanya.

Ahmad Zulhazmi bersama ibunya selepas menerima anugerah pelajar cemerlang sempena pengumuman keputusan peperiksaan SRU dan Sekolah Menengah Ugama (SMU) di Kota Kinabalu.
tamat
Ahmad Zulhazmi bersama ibunya selepas menerima anugerah pelajar cemerlang sempena pengumuman keputusan peperiksaan SRU dan Sekolah Menengah Ugama (SMU) di Kota Kinabalu. tamat

Menurut pelajar cemerlang dari Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Toh Puan Hajjah Rahmah, Papar, Ahmad Zulhazmi Ansir, 17, turut berkongsi cara untuk melakukan hafalan bagi menghadapi peperiksaan SMU.

"Bila melibatkan hafalan, perlu mencari masa yang sesuai supaya lebih mudah untuk menghafal. Saya akan bangun tengah malam atau lepas subuh saya akan membuat hafalan," katanya.

Ahmad Zulhazmi sebelum itu turut dinobatkan sebagai pelajar cemerlang yang menerima anugerah khas pelajar terbaik SMU tahun 2023 di Sabah.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp