Danish (kanan), Nurin Diyanah dan Faris Husaini bersama hasil ciptaan mereka.
Danish (kanan), Nurin Diyanah dan Faris Husaini bersama hasil ciptaan mereka.

Pelajar cipta alat penapis air mudah alih guna tenaga solar

AZLEENDA SAHALUDIN
18 Dec 2023 03:19pm
A
A
A

Kesukaran mendapatkan bekalan air bersih terutama ketika berada di kawasan pedalaman menjadi inspirasi dua pelajar Sekolah Menengah Teknik (SMT) Tuanku Jaafar untuk mencipta alat penapis air mudah alih yang menggunakan tenaga solar.

Hasil kreativiti Nurin Diyanah Abdul Rasyed, 17 dan Mohamad Danish Mahfoz, 17 itu membolehkan mereka masing-masing mendapat emas dan perak ketika Pertandingan Balik Pulau National Innovation Competition (BPNIC) 2023 pada November lalu.

Alat penapis air diberi nama 'Aquafil' ciptaan Nurin Diyanah, lebih sesuai digunakan di sesuatu tempat yang tiada bekalan air bersih manakala 'AquaGo' rekaan Mohamad Danish pula lebih kompak dan boleh diisi di dalam beg.

Menurut Nurin Diyanah, penapis air ciptaannya boleh diangkut ke mana-mana lokasi dan menjimatkan kerana hanya menggunakan tenaga solar untuk berfungsi.

"Ia lebih sesuai jika mahu berada dalam tempoh masa yang lebih lama di sesuatu tempat.

"Selain penapis itu sendiri yang terdiri daripada pelbagai lapisan, ia juga dilengkapi dengan alat penguji meter pH air, kipas, kabel, panel solar dan power bank (bank kuasa)," katanya.

Hasil kreativiti tiga pelajar yang menghasilkan alat penapis air mudah yang menggunakan tenaga solar.
Hasil kreativiti tiga pelajar yang menghasilkan alat penapis air mudah yang menggunakan tenaga solar.

Ujarnya, dia mendapat idea untuk menghasilkan ciptaan berkenaan selepas berdepan kesukaran mendapatkan air bersih jika ke sesuatu destinasi terutama di kawasan pedalaman.

Artikel Berkaitan:

Mohamad Danish pula berkata, saiz penapis airnya yang lebih kecil sesuai untuk dibawa ketika berkhemah atau bermalam di dalam hutan.

"Penapis ini juga boleh diganti dari masa ke masa dan kos pembuatannya juga kurang daripada RM100 selain ia turut menggunakan tenaga solar yang lebih mesra alam.

"Tenaga solar ini juga disimpan ke power bank. Jadi jika pengguna kehabisan bateri telefon, mereka juga boleh mengecas peranti masing-masing. Alat ini dua dalam satu," katanya.

Info tentang produk inovasi yang dihasilkan oleh pelajar SMT Tuanku Jaafar.
Info tentang produk inovasi yang dihasilkan oleh pelajar SMT Tuanku Jaafar.

Selain itu, ciptaan seorang lagi pelajar sekolah ini, Faris Husaini Mohammad Hafiedz, 17, yang diberi nama MISTerCOOL turut mendapat emas pada BPNIC 2023 di SMT Balik Pulau, Pulau Pinang.

Dia berkata, ia bukan sahaja berfungsi sebagai penapis air, malah mampu berfungsi sebagai penyaman udara yang dapat menyejukkan suhu bilik.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok