Pelajar SMKDZM, SKSA teruja dapat kelengkapan sekolah

Sesi persekolahan 2023/2024 suntik semangat baru

NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
06 Mar 2023 03:18pm
A
A
A

Setiap kali sesi persekolahan baharu, ibu bapa pasti akan memenuhi tuntutan dalam pembelian persiapan sekolah anak-anak.

Biarpun kos sara hidup semakin tinggi, kelengkapan sekolah baharu dapat memberi semangat kepada anak-anak menelaah pelajaran di sekolah kelak.

Muhammad Fareez Iqmal Norimran, 13, berkata, dia sangat teruja memasuki sesi persekolahan baharu kerana akan melangkah ke alam sekolah menengah tahun ini.

Pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Slim River, Perak itu menambah, sesi persekolahan kali ini berlainan berbanding tahun lalu kerana perlu mencari pakaian seragam sekolah baharu.

“Oleh itu, ibu bapa saya perlu menyediakan kelengkapan persekolahan baharu terutama baju sekolah, sekali gus menyuntik semangat saya untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh.

“Selain itu, sesi persekolahan kali ini memberi peluang kepada saya untuk mengenali rakan-rakan baharu,” ujarnya.

Kebiasaannya, Muhammad Fareez menjelaskan, ibu bapanya akan membeli tiga pasang pakaian seragam, kasut, kelengkapan alat tulis, beg dan lain-lain lagi.

Dia memberitahu, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini, dia terpaksa menghabiskan sesi persekolahan mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, dia lebih gemar mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka kerana mudah bertanya soalan-soalan kepada para guru.

“Saya tidak sabar untuk memulakan sesi persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Zulkifli Muhammad, Slim River (SMKDZM), Perak,” ujarnya.

Sementara itu, Muhammad Adam Amsyar Sharifuddin, 11, berkata, dia sangat gembira kerana sudah membeli kelengkapan persekolahan untuk memasuki sesi persekolahan baharu.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Shah Alam, Seksyen 16, Selangor itu memberitahu, dia tidak sabar untuk kembali meneruskan pelajaran bersama rakan-rakan dan guru-guru.

“Tahun ini, saya bertuah kerana menerima sumbangan daripada Kumpulan Hartanah Selangor Berhad melalui program Back to School bagi membiayai kelengkapan persekolahan.

“Saya sangat bersyukur kerana program berkenaan dapat mengurangkan beban keluarga,” tutur anak sulung daripada dua beradik itu.

Dia memberitahu, antara kelengkapan yang dapat dibeli termasuk baju dan seluar sekolah, peralatan tulis dan beberapa kelengkapan lagi.

Muhammad Adam berkata, dia akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan cemerlang dalam sesi persekolahan baharu ini.



Senarai sekolah angkat

Universiti Multimedia (MMU)Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana, Selangor

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan, Selangor

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Puncak Jalil, Selangor

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Saujana, Kuala Lumpur

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Permaisuri, Kuala Lumpur Maktab Rendah

Sains MARA (MRSM)

Sekolah Agama Tun Sakaran (SABK)

Sekolah Kebangsaan Bukit Lalang

Sekolah Kebangsaan Kaiduan, Papar

Sekolah Kebangsaan Kuak Hulu, Pengkalan Hulu

Sekolah Kebangsaan Gelong

Sekolah Kebangsaan Petaseh

Sekolah Kebangsaan Nitar

Sekolah Kebangsaan Tanah Abang

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok