Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua di Melaka disahkan meninggal dunia selepas pengsan berhampiran padang sekolahnya pada pagi Jumaat. - Gambar hiasan
Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua di Melaka disahkan meninggal dunia selepas pengsan berhampiran padang sekolahnya pada pagi Jumaat. - Gambar hiasan

Pelajar Tingkatan 2 meninggal dunia selepas pengsan tepi padang sekolah

15 Mar 2025 09:05pm

Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua disahkan meninggal dunia selepas pengsan berhampiran padang sekolahnya di Melaka pada pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, memaklumkan bahawa pelajar berusia 14 tahun itu dihantar ke Hospital Melaka selepas tidak sedarkan diri pada jam 11.08 pagi.

"Difahamkan, pelajar berkenaan tiba-tiba pengsan berhampiran padang sekolah ketika sedang berjalan ke kantin," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan bahawa pelajar tersebut telah diberikan bantuan pernafasan (CPR) selama 30 minit, sebelum dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Namun, doktor mengesahkan pelajar itu telah meninggal dunia.

Menurut hasil siasatan awal, pelajar berkenaan dipercayai baru sahaja bermain bola tampar semasa sesi pendidikan jasmani sebelum kejadian berlaku.

"Mangsa merupakan seorang atlet sekolah dan dikenali sebagai pelajar yang sangat aktif," tambah Christopher.

Hasil pemeriksaan mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Artikel Berkaitan:

Pihak berkuasa masih menunggu keputusan lanjut daripada pihak hospital berhubung punca sebenar kematian.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp